Thursday, 15 March 2012

Coconut Shake Alai. Terbaek!

Assalamualaikum!^_^

Hollaaaa!

Hari ni aku nak story pasal Coconut Shake Alai.

Apekebenda Coconut Shake Alai itu?

Ni ha.^_^


*sampai kena beratur..*

Coconut Shake Alai ni bertempat di Alai,Melaka. Memang sedap la coconut shake dia. Sambil aku beratur,aku perhati la cara diorang buat shake ni. Macam senang je.

Bahan-bahan dia (sukat sendiri..huhu):

Air gula
Isi kelapa muda
Ais

Dan yang penting adalah.....

Nestle Vanilla Ice cream!

nyum..nyumm.(n_n)


Pergh! Memang terbaek la coconut shake diorang nih. Lepas diorang dah blend semua bahan, diorang tambah lagi seketul aiskrim. Memang heaven!


*cuba tengok mangkuk aiskrim tu.. dari pagi hingga kul 2 petang dah banyak camtu..*


*banyak kelapa diorang guna.*


*ni la rupa coconut shake tu. rupa biasa je..tapi rasa.. memang terbaek!*


Aku tengok customer beli bukan setakat 1-2 (cam aku..-.-'). Tapi sekali beli 8-10 cawan.. Patutla cepat habis aiskrim diorang. Aku baru first time rasa. Tu pun adik aku yang bagitau masa dalam perjalanan balik dari Johor. Tak rugi la aku beratur dekat setengah jam semata-mata nak rasa coconut shake ni. Memang aku akan singgah lagi kat sini lau aku lepak kat Melaka. ^_^

Ok.Setakat ini saja.

Adios!

Take care guys!:)

p/s : Harga coconut shake ni RM2.20. Berbaloi-baloi! ^_^






Merdekaaa!!!! Yieehaaaaa!!!

Assalamualaikum!!^___^

Hollaaaaaa...!!

Happy lebih sikit hari ni..  Sebab hari ni.....



----------> LAST PAPER <----------



Memang terbaek!!


^

Segala penat lelah dah berakhir hari ni. Ini la exam paper aku untuk sem ni dan paper Islamic Institutions in Economic and Financial Systems adalah paper yang terakhir selepas 3 tahun aku kat sini. Tinggal tunggu keputusan dan sambung buat praktikal bulan 4 ni.

Jom tengok wajah2 ceria sempena hari terakhir exam.. :)

Let's da picture tells the story lah!^________^


*exam hall*







*Robiatul Adawiyah. Model banner. Haha*


*Dila.. booolaat mate!:p*


*Si blogger AnnaJ n Intan*


Harap2 dapat result terbaek sem ni..


Penat otak. 


Penat segala-gala.


Moga berbaloi segala usaha. Amin.



Adios!

Take guys.:)





Tuesday, 28 February 2012

Unusual celebrity baby names

Assalamualaikum!^.^

Holla guys!

Here are the compilations of the most wonderful and weirdest names given to celebrities babies.



Name: Sparrow James Midnight Madden
Parents: Nicole Richie and Joel Madden

Why on earth?
Joel said: "My worry raising a son in Hollywood is, what will he have to struggle for? I wanted to give him a name that he's going to have to stand up for."



Name: Bear Blu
Parents: Alicia Silverstone and Christopher Jarecki

Why on earth?
No idea but at least he'll have a friend in Beyonce and Jay-Z's baby Blue though. If the pair of them marry she'll be called Blue Blu. :)



Name: Heavenly Hiraani Tiger Lily Hutchence 
Parents: Paula Yates and Michael Hutchence 

Why on earth?
"Hiraani" was Michael's favourite Polynesian word and "Heavenly" is just that, heavenly!



Name: Bluebell Madonna Halliwell
Parents: Geri Halliwell and Sacha Gervasi

Why on earth?
Geri said: : "The bluebell increasingly rare, so it's a precious flower, which seems just right for my daughter".



Name: Apple Blythe Alison Martin
Parents: Gwyneth Paltrow and Chris Martin

Why on earth?
Gwyneth said: " It sounded so sweet and it conjured such a lovely picture for me - you know, apples are so sweet and they're wholesome and it's biblical."



Name: Frances Bean Cobain
Parents: Kurt Cobain and Courtney Love

Why on earth?
Apparently Kurt once said that his daughter looked like a kidney bean on the ultrasound.



Name: Sunday Rose Urban
Parents: Nicole Kidman and Keith Urban

Why on earth?
Keith said: " When you don't have someone in your life, Sunday is the loneliest day but it went from being the most dreaded day to the most joyous."



Name: Princess Tiaamii Andre
Parents: Katie Price and Peter Andre

Why on earth?
Katie said: " Princess because she is our princess and Tiaamii was Pete's idea because it's taken from our mum's name, Thea and Amy."



Name: Suri Cruise
Parents: Tom Cruise and Katie Holmes

Why on earth?
Katie said that Suri means "princess" in Hebrew. 


p/s: What about yours? ^___^

Adios!

Take care guys:)

Source: Credit to Showbiz- The Malay Mail.








Wednesday, 25 January 2012

Kenangan terindah..

Assalamualaikum^.^

Holla guys!

Hari ni nak story sikit tentang tempat2 yang aku selalu lepak kat Nilai. Dalam banyak2 tempat, aku paling suka 2 tempat ni selain Giant and Tesco. Huhu. 1 tempat makan and 1 lagi tempat berangan @ cari ilham (cari ilham la sangat!:p)

Ha.. Ni tempat makan yang aku suka lepak.



*Ada layar skrin.

*ni makanan yang selalu aku order : Ikan masak stim halia. 
Superb!


sedap!

Sebab utama aku lepak sini, sedap and murah. Tukang masak kat sini lelaki and rata2 pelayannya diorang import dari Thailand yang sangatlah ramah. Restoran ni terletak di Acacia Park, dekat je ngan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kat atas restoran ni adalah hostel lelaki pelajar USIM. So, ramai la student yang suka lepak kat sini. Sape2 yang tercari2 tempat makan kat Nilai, aku suggest tempat ni. Thumbs up!

Yang ni lak... Tempat aku mencari ilham... Tasik berdekatan Desa Casuarina and Nilai Spring Heights..


*cantik kan?:)





*banyak ikan woo..







*ada mansion kat sana tu.. tapi tak leh pegi sana.. private property..



Aku suka lepak sini sebab sangat mendamaikan. Leh bagi ikan makan roti (sambil aku pun makan sekali..huhu). Selalu datang sorang or ngan budak botak tu (adik aku la..-.-') and tunang dia. Banyak gile ikan koi, ikan keli.. Kura-kura pun ad0.. tapi sayang..

*sekali tak leh mancing daa...-.-'

Lepas ni, jarang la aku datang sini. Adik aku dapat praktikal kat Henry Gurney,Melaka. Kawan2 kat USIM pun kebanyakannya praktikal kat tempat lain. Mesti aku akan merindui kenangan2 terindah sepanjang aku ada kat sini.. And of course.. I will miss him,too...:)

Adios!

Take care guys..:)


Tuesday, 24 January 2012

Perpisahan itu..

Assalamualaikum^.^




Sejak kebelakangan ni, aku banyak melukakan hati orang. Mungkin aku mula merasai kehilangan. Mereka yang aku sayang akan pergi.

Sedih?

Ya.

Memang sedih. Aku marah-marah semata-mata untuk dapatkan perhatian. Ye la. Tak lama lagi dah takde orang nak melayan perangai hot-temper aku ni. Baran tak bertempat. Tapi aku lupa. Aku lupa bahawa setiap kali aku buat perangai, ada hati yang terluka. Ada hati yang menangis. Namun, hati itu tetap sabar. Sabar dalam melayani kemarahan aku. Sabar dalam memenuhi semua permintaan aku..

Aku tahu hati itu menangis. Hati itu juga merasa sedih. Perpisahan yang bakal terjadi memungkinkan segalanya. Mungkin kami tak berjumpa lagi.. Mungkin kami menjadi asing selepas ini..




Maafkan aku kerana membuat hati itu terluka.. Maafkan aku kerana membuat hati itu menangis.. Andai ada ruang di hati itu, aku akan sedaya upaya membuatkan hati itu tersenyum sentiasa.. Apakah masih ada ruang di hati untukku? 




Hati.. Maafkan aku..





Demi baucar buku...

Assalamualaikum^.^

Holla guys!

sy da dpt.wink wink*.*

Hari Khamis lepas adalah hari yang sangat mengujakan. Haha. Ayat tak leh blah. Tapi macamana aku tak cakap camtu.. Nak ambil baucar buku je pun, tapi diorg punya excited.. Cam nak dapat duit je. Agaknya budak-budak kolej aku ni memang suka berasak-asak camni kot. Apapun, let's the picture tell the story lah!







So, harap korang dapat guna baucar ni dengan sebaik-baiknya. Aku pun masih lagi dok berkira-kira nak beli buku apa. Yang pastinya, anak sedara aku dah order buku dulu..-.-'

Adios!

Take care guys!:)

Friday, 30 December 2011

Sape nak Instant Dosa?

Assalamualaikum!*_*

Hi guys~

Satu petang di Tesco Nilai....

Adik aku : Kak, agak2 ko nak tak dosa segera?

Aku : Ko ni da kenapa? Tetiba tanya aku camtu.

Adik aku : Tuuuu... Tgk tu.

.
.
.
.

amende ni eik? tosei kot? haha


Muahaha. Macam da takde nama lain da nak letak kat paket makanan ni. First time aku jumpa paket makanan yang pelik nih. Barang siapa yang nak instant dosa, ni ha.. Try la. Tak yah susah-susah jadi derhaka ke, mengumpat ke, hape ke. Wakaka.

Adios!

Take care guys:)

Wednesday, 28 December 2011

2 a.m @ Downtown Cheras

Assalamualaikum!

Holla!!

Uishh.. Lamenye tak menjenguk khabar blog ni.. Sorry guys. Tiada kesempatan nak wat story sejak kebelakangan ni. Takde la busy sangat. Kadang-kadang bila dah taip berjela-jela, line internet lak menjadi punca aku tak dapat update blog naif ni. Keji tol. Tapi nak wat camane. Line kat kolej memang sangat laju lembab. Redha je la.-.-'

Semalam adik aku wat idea cantek pepagi buta. Disebabkan aku menunjukkan muka penuh kebosanan, dia pun gatal mulut ajak aku jjcm kat Downtown Cheras. Aku pun, macam orang mengantuk disorongkan bantal.. Follow je la idea bernas dia tu.

Gerak dalam pukul 1 pagi. Dia drive, aku bantai tido. Hehe. Sedar-sedar dah sampai. Tu diaaaa...parking penuh. Sampai kat tepi jalan nuu.. Ramai lagi orang kat sini pepagi buta camni.



dia pon nak interframe gak..ngeh3

So far, pe yang aku dapat gitau kat sini.. Barang-barang dijual dengan harga yang agak murah. Ada banyak gerai jual pakaian, gerai jual jam, gerai jual kasut dan macam-macam lagi. Sangat banyak gerai kat sini. Memang jenuh la nak bagi perabih semua gerai yang ada. Ada gak tempat karaoke, tapi berapa la sangat orang yang leh nyanyi dengan sempurna pepagi buta camni? Heh.


koleksi Smurfs yang sangat comeelll...ngeee!


Lepas dah lenguh + penat, kitorang lepak kat salah satu gerai makan kat sini. Ada banyak gak gerai makan kat sini. Ada yang jual yong tau fu, ayam goreng, gerai jual air dan macam-macam lagi. Yang pastinya, walaupun masa dah nak menjengah ke jam 3 pagi, masih ramai orang datang ke sini.. Samada nak mencuci mata (macam kitorang..ngeee~) or datang membeli belah.








yong tau fu yang sedap.nyum2!


air botol yang sukar didapati kat tempat lain.sedap gak!

Dekat kul 5 pagi baru sampai Nilai. Tak larat aku nak drive laju-laju. Keletihan punya pasal.  Apapun, jengah-jengah la ke Downtown Cheras ni. Pasti tak mengecewakan!:)

Adios!

Take care guys!