Thursday, 21 January 2016

Entri Bergambar : Bukit Sisek, Kota Tinggi *Part 2*

Assalamualaikum ^_^

Ok. Part Two.

Kita sambung pasal Bukit Sisek nih. Ni masa event kitorg . Peserta event adalah team Adrenaline Rush -  Real Junior Paramedic yang rata-ratanya berasal dari Kelantan, Selangor dan Johor . Kami pernah join event sekali masa di Sungai Kenerong kat Kelantan dulu. Nanti Wa update pasal tu. Sekarang nih jom jamu mata dulu....................

 *ada di antara peserta tak pernah join aktiviti outdoor pon.. pny la bersemangat.. huhu*

 *setting alat komunikasi dulu*

 *disebabkan kawasan khemah agak jauh dari jalan masuk, maka kite nek lori la ye*

*snap pic dulu... say cheeeseeeeeeeeeeeeee.......*

Di kalangan peserta event ni, kebanyakan daripadanya adalah daripada pasukan rescue Jabatan Pertahanan Awam Malaysia *termasuk Wa sendiri* .. Jadi , soal keselamatan dan komunikasi memang keutamaan kami. Peralatan medik pon dah standby. Disebabkan ada peserta yang memang tak pernah join outdoor event, so kami memang alert dengan mereka-mereka ini. Harap-harap cuaca baik dan semuanya berjalan lancar.

Tapi kami hanya merancang, Allah jua perancang terbaik. Baru buat stretching, dah start gerimis. Wuuuuuuu~~~ Takpe. Tu semua tak patahkan semangat kami langsung. Lagi membara hadee...















Sepanjang perjalanan, hujan kadang-kadang gerimis, kadang-kadang lebat, kadang-kadang tak hujan. Tapi sampai kat puncak.... hujan selebat-lebatnya... tapi memang puas hati laa.... 

*nak tunjuk betapa lebatnya hujan masa kat puncak*









*dugong telah dikesan di Puncak Bukit Sisek*

Cabaran memang ada disepanjang perjalanan. Tapi yang paling menduga bila salah seorang peserta tergelincir dan sukar nak berjalan.. Kesian memang kesian tapi perjalanan turun mesti diteruskan. Kami terus-menerus bagi support kat akak tu.. Semangat akak tu memang dah down sebab die rase  die penyebab semua orang lambat turun. Tapi mental kami semua memang kuat. Setakat jadi camni, kami masih kuat untuk meneruskan perjalanan dan selalu bagi semangat pada akak tu. Steady la Raja Zue!
Tapi yang paling mencabar, bila hari dah mula gelap. Seorang demi seorang dah mula tumbang. Tergelincir, tertonggeng, jatuh gedebuk macam nangka busuk *Wa la tu* semua dapat rasa sebab perjalanan turun paling bahaya sebab jalan licin baru lepas hujan. Kami tak boleh bergerak laju sebab kesiankan akak tu. So, kami suruh yang lain teruskan perjalanan dan tunggu kami di kawasan rata di dalam kebun kelapa sawit. Tinggal kami dalam 10 orang untuk uruskan akak yang dalam kesakitan tu.

Hari dah semakin gelap.. Jalan keluar dah tak tau kat mana. Hujan masih bersisa. Akak tu da mula rase down. Menangis, minta maaf kat semua org sebab die rase die menyusahkan semua. Lagi die down bila tengok ada beberapa peserta yang jatuh tergolek-golek masa nak turun bukit. Tapi semangat kami masih ada, mungkin disebabkan memang kami telah dilatih untuk menghadapi apa jua kemungkinan.

Perjalanan turun yang selalunya mengambil masa 2-3 jam berlarutan menjadi 8 jam . Walkie talkie menjadi penghubung kami dengan team yang da smpai kat kebun kelapa sawit. Macam-macam dugaan jadi masa perjalanan turun. Ada yang dengar kami sedang bergelak ketawa, ada yang terdengar seperti ada orang memanggil kami dan macam-macam lagi. Mana mungkin kami boleh bergelak ketawa dalam situasi yang agak mencabar tu. Dalam hutan, dah malam pulak. Kami abaikan je semua tu. Yang penting kami semua dapat keluar dari kawasan hutan tu dengan selamat.

Lebih kurang jam 9.00 malam, baru kami terdengar suara rakan-rakan yang lain menjerit memanggil-manggil nama kami. Disebabkan kami tahu cara panggilan seorang penyelamat, jadi kami yakin yang memanggil itu adalah rakan-rakan kami. Kami berjalan mengikuti arah suara rakan yang memanggil. Syukur... kami dapat sampai juga ke kebun kelapa sawit, tempat rakan-rakan lain menunggu..

Selepas menyeberangi sungai, kami terus menyiapkan usungan untuk akak yang sedang kesakitan dan seorang lagi yang memang dah tak bermaya. Kami bergilir-gilir mengusung usungan dengan sisa tenaga yang kami ada. Masing-masing tak banyak berbual disebabkan letih dan nak cepat sampai ke base camp. Sampai di jalan besar, kenderaan untuk membawa akak yang sakit tu da standby kat tepi jalan dan die dibawa ke hospital. Manakala yang lain bergerak balik ke base camp dan pastu memasing terbongkang sebab letih gile....

Panjang coretan Wa kali ni. Just nak share pengalaman yang Wa paling tak boleh lupa dalam hidup Wa. Sampai sekarang Wa masih teringat. Masuk dalam hutan jam 10.00 pagi dan dapat keluar pada jam 10.00 malam. Like seriously? Mujur dapat keluar. Kalau tak, mau heboh 1 Malaysia. Masuk muka depan Metro. Heh.

Kita sambung next time k. Have a nice day.

Kepada Allah Berserah.

Tuesday, 19 January 2016

Entri Bergambar : Bukit Sisek, Kota Tinggi *Part 1*

Assalamualaikum ^_^

Part One.

Kali ni Wa nak cite pasal tempat-tempat yang Wa dah pernah pergi. Samada hiking ke, masuk gua ke, berakit ke.. Wa nak share ngan korang. Tempat-tempat yang best lagi mendamaikan.. Cekidaut.

Taun lepas Wa & team ada anjurkan 1 event kat Bukit Sisek ni. Wa tak pernah tau pon ada tempat yang menarik macam ni sebab ada air terjun lagi. Homai homai. Lokasinya betul-betul sebelum pintu masuk Kota Tinggi Waterfalls. Sebelum masuk ke waterfall tu, ada jambatan dan beloklah ke kiri masuk ke kebun kelapa sawit tu. Penat gak la jalan lebih kurang dalam 10km camtu. Jalan tanah merah pulak.





               








Ni mase pergi recce tempat. Memang cantik tempatnya. Agak mencabar gak trek laluan kat Bukit Sisek ni. Kalau tak silap ada tujuh tingkat air terjun. Kat atas sekali ada kolam air yang terbentuk cantik dengan air yang kehijau-hijaun. Pehh.. memang besshhh... Tapi kena hati-hati sepanjang perjalanan.. trek licin bila dah masuk ke kawasan berair. Nak mendaki pon licin gak.. Kena berpaut kat tali-tali yang dah memang sedia ada.

Ok. Sampai sini dulu. Jap lagi ai sambung part 2 lak. Banyak sangat gambo la. Hehe.

Adios!

Kepada Allah Berserah.


Pelancaran Jersi Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim

Assalamualaikum^_^

Mesti ramai yang ternganga tengok jersi terbaru JDT kan? Memang cantik giloss... Harga pon chanteekkk... RM189.00 selai *pengsanjap*

Nak tengok pe yang cantik sangat jersi terbaru nih?

Nindiaaaa.....



*H.O.M.E*



*A.W.A.Y*



*A.L.T.E.R.N.A.T.E*


Perghh... bergaya betol diorg nih. Harap-harap dapat penyuntik semangat dengan tajaan terbaru dari ADIDAS nih. Bukan calang-calang tajaan tau. 




Kepada Allah Berserah.



I'm Back!!

Assalamualaikum^_^

Perghhhh!! Lame gile tak update story kat sini. Boleh pulak ak lupa emel blog ni. Serius arrrrr -_-' Merentan la kejap dalam opis ni nak ngingat kan balik alamat emel ak. Dah 3-4 jam mikir baru la berhubung sel-sel hotak ak nih. Hampehhhh!!!

Menaip ni pon sebab 2-2 ketol bos ak takde kat opis. Cootiii....... Hahahahahah. Memang sorga la dok berdua je je ngan Si Farah ni. Beshhhh... Mcm opis nih kami yg punyaaaaaaaaaa *gelakkejam*

Pasni ak tepek bebanyak entri kat sini hokeh. Tungguuuuuuuu.....

Sunday, 8 June 2014

Lirik Lagu Patah - OST Kerana Terpaksa Aku Relakan

Kerinduan dalam hati
Bagai ditusuk sembilu bisa
Ku tak sanggup menahan sakit di hati
Ku mengharap kesakitan ini sementara
Ku terjaga kau tiada di sisi
Bila sedar erti cintamu padaku

Airmata yang mengalir
Menemani ruang hati ini
Namun kini ku tahu tiada yang pasti
Bila sedar erti cintamu

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup

Pernahkah pernahkah engkau terfikir
Fikirkan tentangku sakit merinduimu
Tak mungkin tak mungkin aku mampu
Menahan beban sakit hidup tanpa dirimu

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri

Limpah hidup

*Lagu ini sangat terkesan dalam hati. :'(

Thursday, 8 May 2014

Hari Ibu.

Assalamualaikoomm.!!

Hollaaa^_^

Alhamdulillah.. Masih hidup. Masih bernafas di bumi Allah. Masih punyai masa yang bersisa untuk meneruskan kehidupan.

Oke. Ahkak sebenarnya buntu bila memikirkan tentang Hari Ibu yang bakal menjelma ni. 




Tiap-tiap tahun pun memang camni. Tak tau nak bagi apa kat Ma'am tu. Tahun lepas kitorang share adik beradik beli gobok. *Gobok tu slang Joho bermaksud almari.* Setiap tahun Hari Ibu ni dekat2 je ngan tarikh hari jadi Ma'am. So, ahkak bagi hadiah tu sekaligus la. Senang. Jimat. Hehe.

Macam tahun lepas, ahkak tau nak bagi apa sebab Ma'am dok merungut pasal almari dia da penuh ngan pakaian dia & Bos Beso a.k.a Abah. Kalau dah tiap kali dia bukak gobok tu dia dok merungut.. Maknanya dia nak anak2 dia beli lettewww... Main psiko betul Ma'am tu. Heh.

Tapi disebabkan ahkak da tak duduk ngan dia, so ahkak tak tau apa kehendak dia kali ni. Hurm.. Bantai je la hadiah apa pon kan.. Ma'am ni jenis tak kisah. Apa pon anak2 bagi dia amek ngan muka penuh berseri. Senyum seminggu. Kikikikiki.

Sebenarnya hadiah tu tak penting. Yang penting adalah ingatan dan doa dari anak-anak. Tapi ahkak suka menghargai Ma'am ngan cara camtu. Bagi dia hadiah. Belikan kek. Semuanya kerana nak bagi dia rasa bahagia dan rasa dihargai. Ini pon rasa cam sikit sangat kalau nak dibandingkan ngan pengorbanan Ma'am selama ni. :'(

Hargai Ibu selagi dia ada bersama kita. 

Oke la. Nak sambung fikir hadiah apa nak bagi. Arrrghhhh!! *pecahkepala*

Adios!!




Wednesday, 7 May 2014

Makan-makan #2

Assalamualaikoooommmmm!!!

Hollaaaa^_^

Haaiiii... Bersiaran lagi di kala hujan lebat melanda Pasir Gudang. Hujan rahmat pabila ramai mengadu panas dalam 2-3 hari ni. Alhamdulillah.. Antara doa yang dimakbulkan adalah doa di waktu hujan. Berdoalah dengan setulus hati. InsyaAllah. Allah Maha Mendengar.. :)

Okey.. JJCM #2 ni ahkak nak bawa 1 lagi tempat makan yang sedaaaaapppp makanannya. Kedai ni dibuka dari pagi sampai tengahari. Selalunya ahkak breakfast je la kat sini sebab ada menu diorang yang buat ahkak teringat-ingat sampai termimpi-mimpi sampai mengigau*menipu*. Gittew. Kikikiki.

Tak mau la story panjang-panjang. Mempersembahkan.................

.
.
.
.
.
.
.

*_*


Perrgghhhhh... Meleleh tak air liur korang?? Haha. Ini adalah lontong goreng terbaeekkk dalam Kluang. Harga pon sangat berpatutan. Takkan ni je? Tak. Tak. Ada lagi menu lain yang membangkitkan selera makan korang. Confirm korang tak mampu nak tolak lah! 
















Haaa... Amacam? Terliur tak? Ini adalah antara tempat breakfast yang popular kat Kluang. Kalau korang berhajat nak pegi sini.. Ni peta nak pegi sana.




Korang boleh singgah kat FB diorang nih : Lontong Goreng Meletop


Oke. Jamu mata korang puas-puas. Ahkak nak jamu tekak jap. Haha.

Kbai.

Adios!


Makan-makan #1

Assalamualaikooommmm!!!

Holla^_^

Alhamdulillah.. Masih bernafas di hari yg indah ini. Masih mampu mencoret sesuatu untuk tatapan ramai. *ececeh. 

Oke. Harini ahkak nak promote tempat makan yang best di sekitar Joho ni. Best disebabkan rasa makanannya la *of course* sebab ahkak memang kaki makan. Disebabkan perangai kaki makan ni la maka pertambahan berat berlaku dengan pantasnya. Blerrghh.

Oke. Untuk JJCM siri 1 ni.. Ahkak nak promote 1 kedai burger bakar kat Kluang. Glamer gila diorang nih. Kiranya the best burger in town lah. 



Haaa... Ni lah namanye. WALAWEI BURGER BAKAR. Diorang ni takde gerai. Diorang guna lori je untuk perniagaan diorang. Meh tengok apa yang menarik tentang diorang. 




Orite. Ni antara menu2 diorang yang terhangat pada masa kini. Ceewaah. Tapi serius sedap sebab ahkak memang suka makan burger. So ni antara port best untuk ahkak memenuhi nafsu selera makan ahkak. Bhahaha. Memang thorbaeeekkk!!












Perghhh... Kecur wehhh... Tetibe rase lapo. Ni baru tgk gambo. Lau tengok depan mateee... Memang teruja gile rasenye. Oke. Kalau korang turun Kluang.. Leh la cari gerai diorang ni kat area traffic light Kampung Melayu berdekatan ngan bus stand Kluang dan Hotel Prime City, Kluang. Pasti korang tak menyesal! ^_^ 




Balik Kluang esok confirm ahkak cari burger Walawei Burger Bakar ni. Weeeeeeee~~~

Kbai.


Adios!!