Hollaaa^_^
Alhamdulillah.. Masih hidup. Masih bernafas di bumi Allah. Masih punyai masa yang bersisa untuk meneruskan kehidupan.
Oke. Ahkak sebenarnya buntu bila memikirkan tentang Hari Ibu yang bakal menjelma ni.
Tiap-tiap tahun pun memang camni. Tak tau nak bagi apa kat Ma'am tu. Tahun lepas kitorang share adik beradik beli gobok. *Gobok tu slang Joho bermaksud almari.* Setiap tahun Hari Ibu ni dekat2 je ngan tarikh hari jadi Ma'am. So, ahkak bagi hadiah tu sekaligus la. Senang. Jimat. Hehe.
Macam tahun lepas, ahkak tau nak bagi apa sebab Ma'am dok merungut pasal almari dia da penuh ngan pakaian dia & Bos Beso a.k.a Abah. Kalau dah tiap kali dia bukak gobok tu dia dok merungut.. Maknanya dia nak anak2 dia beli lettewww... Main psiko betul Ma'am tu. Heh.
Tapi disebabkan ahkak da tak duduk ngan dia, so ahkak tak tau apa kehendak dia kali ni. Hurm.. Bantai je la hadiah apa pon kan.. Ma'am ni jenis tak kisah. Apa pon anak2 bagi dia amek ngan muka penuh berseri. Senyum seminggu. Kikikikiki.
Sebenarnya hadiah tu tak penting. Yang penting adalah ingatan dan doa dari anak-anak. Tapi ahkak suka menghargai Ma'am ngan cara camtu. Bagi dia hadiah. Belikan kek. Semuanya kerana nak bagi dia rasa bahagia dan rasa dihargai. Ini pon rasa cam sikit sangat kalau nak dibandingkan ngan pengorbanan Ma'am selama ni. :'(
Hargai Ibu selagi dia ada bersama kita.
Oke la. Nak sambung fikir hadiah apa nak bagi. Arrrghhhh!! *pecahkepala*
Adios!!
No comments:
Post a Comment