Thursday, 25 August 2011

Meh blaja touch-up blog!#2

Assalamualaikum!^_^

Waah.. Ada perubahan tak blog aku? Cantik kan.? Puji blog sendiri ye nampaknya. Wakaka. Tadi pas berbuka dengan heavennya dengan sahabat2, BW kat sana sini. Terjumpa la satu blog yang penuh informasi ni. Meh nak share.


Singgah-singgah la ke blog ni. Anda pasti tak akan menyesal.:)

Adios!

Wednesday, 24 August 2011

Segmen: Kuih raya kegemaran saya ialah....

Assalamualaikum!

Jejak Musafir ajak join segmen. Jom join!



Kuih raya kegemaran saya adalah.......
.
.
.
.
.
.
.
Taraaaa.....


TART NENAS!
*sangat heaven kalau dapat makan kuih ni time raya.. Sedap!*_*

Adios!


Saya nak kad raya dari Kaki Wayang!!

Assalamualaikum!^ ^

Jom join. Meriahkan tradisi turun temurun.:)


Just klik pada banner di atas untuk join.

Adios!

Bahang raya da mula terasa..:)

Assalamualaikum!

Bestnye... Nak raya dah..:)

*nak maen bunga api balik t..:)

Kenapa baru sekarang aku terasa bahang hari raya? Adakah kerana aku terlalu fokus pada assignment yang berlambak satu itu? Ahaks. Gedik je. Takde maknenye aku fokus. Weekend hari tu kemain sakan berbelanja mengabihkan saki baki wet yang ada. Hasilnya.. Meriah aku beraya tahun ni ngan pashmina baru.. baju baru.. dan yang sewaktu dengannya. Kesannya? Yee... Wet semakin mengering dan bakal habis sehari dua lagi.. Huwaaa.... Abaaaahhh..!!! 

Dah. Cukup.

Tadi roomate aku yang made in Kelantan tu dah pun berlepas pulang menaiki pesawat  bas kolej. sobb.sobb. Tak best. Minggu lepas aku dengan bangganya mengisytiharkan kelas aku tinggal dua je lagi. Alih-alih diorang leh cakap yang kelas diorang dah habis hari ni dan nak berangkat pulang lepas terawih. Menci tau. Tinggal la aku ngan Sara dalam bilik ni, hidup dalam tak ketahuan hala. Jumaat t dia lak balik rumah. Tinggal aku sorang sebab tiket flight bas aku hari Sabtu t. Jangan tanya kenapa. =.='

Adios!

Menikam,ditikam,tertikam..Erk?

Assalamualaikum!

Waahh. Sedar tak sedar dah tinggal 5 hari je lagi kita berpuasa. OMG!! Kenapa aku masih di sini?! Ececeh. Poyo je. Sok masih ada kelas. Assignment masih berbaki 1 lagi. SATU je lagi. Oke. Fine. Tak dapat balik awal. *mata dah mula berair* Emaaaaakkkkk....!!


*leh tak lau nak wat camni? oke. keji.-.-'

Dah. Back to the topic.

Minggu lepas sahabat-sahabat aku bercerita tentang someone ni. Kira rapat la ngan diorang. Tapi tak rapat ngan aku. Rapat, sebab makan sorang-sorang sepinggan, tidur sebantal, pegi shopping asing-asing sama-sama, jenjalan sama-sama, jogging sama-sama, bla..bla..bla..bla.......... dan yang sewaktu dengannya. Semua nak wat sama-sama. Kecuali mandi, buang air. Huh. Apekah?

Dah. Merepek.

Tapi... One day diorang bergaduh. Budak perempuan tu buat cerita yang tak best kat belakang diorang. Depan, muka cam ala-ala Kim Kardashian.Ayu je. Baek je. Kat belakang, cam muka Nanny McPhee masa tua. Muahaha.



Tu contoh la. Tapi aku respect kawan-kawan aku sebab sanggup bersemuka dengan budak perempuan yang cakap belakang tu. tapi biasala.. Orang lau dah berak tengah jalan.. Takkan nak mengaku? Kan? Dia buat muka selamba tenuk je. Haih. Dapat kat aku.. memang dah aku cepuk. Tapi bak kata Intan.. Jangan biar tangan melebihi akal.. Biar akal bertindak dulu. Oke. Aku takde kena mengena ngan cerita diorang tu. So, tak yah lelebih. Ngeh3.

Tahniah sahabat sebab korang sangat sabar. Lebih-lebih lagi di bulan mulia yang penuh barakah ni. Semoga dia mendapat balasan yang setimpal dan korang dikurniakan ganjaran berlipat kali ganda atas kesabaran korang tu. Amin.

Adios!





Tuesday, 23 August 2011

JOM JOIN BLOGLIST AIDILFITRI BEN ASHAARI

Assalamualaikum!

Salam Ramadhan:)


Masa untuk join bloglist Aidilfitri Abang Ben. Klik kat banner di atas ye..:)

Adios!

Tuesday, 16 August 2011

Meh blaja touch-up blog!

Assalamualaikum!^ ^

Semalam BW kat blog blogger otai. Dalam banyak-banyak blog,aku sangat tertarik dengan 1 blog ni. Dalam blog ni ada macam-macam tips berguna untuk kita touch-up blog dengan lebih cantik dan menawan. Ececeh. Moh kita terjah blog ni. Best!


Jangan lupa terjah!

Adios!


Arah Kiblat surau Tesco Nilai ditukar?

Assalamualaikum!(",)

Kelmarin Sara pergi Giant Nilai. Beli barang-barang dapur untuk bilik kitorang.Dia cakap arah kiblat surau kat situ da ditukar. Emm.. Tak tau nak cakap pe.. Nasib la pihak pengurusan alert and tukar arah kiblat tu. Alhamdulillah.. Lau pihak pengurusan wat tak tau je.. Tak tau la nak camane. Semoga pihak pengurusan lebih alert dengan hal-hal berkaitan dengan ibadah ni dan jadi pengajaran pada yang lain.. Bukan apa,takut jadi pertikaian di kemudian hari..

Adios!

Monday, 15 August 2011

Dam!Dam!Dum!

Assalamualaikum!(**,)

Hamboi!! Dah ada bunyi mercun dah.. Meriah..meriah..




Sedar tak sedar.. 15 hari dah kita berpuasa.. Raya pun semakin menghampiri.. Tahun ni best.. Abah aku awal-awal lagi dah belikan kaen untuk baju raya aku.. Confuse?? *Abah aku baca ke entry aku yang lepas tu? OMG!! Tak. tak. Abah aku tak pandai nak tengok laptop bagai nih.. Huhu.. Instinct kot.. Ke bonus dia ada banyak balance? Ngeh2. Whatever lah. Janji aku dapat baju baru untuk raya t. Haruslah kakak aku jealous sebab aku sorang je yang dapat.. Haha.

Mem konon-konon nak bagi surprise la.. Tapi abah aku dah bocorkan rahsia tatkala aku mintak wet nak beli baju untuk raya hari tu. Kehkeh. Mesti manis mencuka muka mak aku sebab rahsia sudah terbongkar.. Haha.
.
Gila happy aku tahun ni. Ada baju baru.. Hasil tangan bonda tersayang.. Sayang lah! Muahaha.

*Cik Intan silalah jealous ye. Ngeh2.

Adios!

Sunday, 14 August 2011

Pencarian dalam diri...

Assalamualaikum!^ ^

Merenung kembali perjalanan diri ini,membuat aku terkaku termangu sebentar.. Aku selalu tertanya-tanya.. Apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup sehingga aku sampai di tahap ini? Apa yang sebenarnya yang telah menyebabkan aku berani mengambil keputusan drastik untuk berhenti melakukan apa yang aku suka dan terus berhijrah ke sini?




Penghijrahan dalam diri telah membawa aku ke sini.. Aku mencari ketenangan.. Aku mencari kekuatan.. Tiada sesiapa yang memaksa aku ke sini.. Dan aku tidak menyesal.. Walaupun sukar untuk memulakan semuanya semula.. Walau aku terpaksa merangkak semula.. Aku enggan dikhianati lagi.. Biar aku meneruskan perjalanan ini sendiri,kerana aku yang memilih untuk pergi..

Aku yakin pilihan inilah yang sepatutnya aku susuli selama ini.. Biarlah kenangan itu berlalu pergi.. Aku redha dengan apa yang terjadi.. Tak usahlah dikesali apa yang telah terjadi kerana sesungguhnya apa yang pasti..ada sinar sedang menanti...

Adios!

Friday, 12 August 2011

Ada hikmah di sebaliknya...:)

Assalamualaikum!^ ^

Langkah pantas diatur. Jalan shortcut diredah. Tengok jam. 11.15 pagi. Aduhh.. Lewat dah ni.. Dah la ada exam.

Sampai di DK,melilau mata mencari tempat duduk. Cari geng. Tak jumpa. 'Ah!Duduk je la kat mana-mana'. Kaki melangkah pantas menghala ke tempat duduk di baris hadapan.

Mengadap paper exam. True false 20 soalan. Structure ada 3. Niat hati nak meniru tapi disebabkan da duduk kat depan,niat terbantut.. Gelisah.. ALLAH je yang tahu.. Ni la padahnya.. Study main-main semalam.. Sekarang ni.. 1 pun aku tak ingat.. Blank! Berpaling ke kiri kanan... Semuanya rancak menulis.. Stressnyaaa!! =.='

Masa sejam setengah dah berlalu. Paper dah diambil. Dalam hati,rasa nak mengamuk je. Macam-macam makian pada diri sendiri dalam diam.. 'Pasni aku nak koyak semua nota-nota yang ada.' Bisik hati jahat. Then,pergi cari geng ngan muka berseri ketat..

"Saya nak bagi tazkirah sikit ye.. Pada sesiapa yang meniru pada hari ini... Saya tak redha ngan apa yang awak buat.. Walaupun awak dapat markah tinggi.. Saya tak redha.. Saya leh nampak siapa yang meniru dan siapa yang tak.. ALLAH Maha Melihat ye.. Awak buat awak tanggung." Madam Nuzul bersuara. Zapp! Menyentak ke tangkai hati. Tiba-tiba rasa lega yang amat sangat..

Pheww! Nasib baik aku tak meniru..

Adios!



Intan oh! Intan.....

Assalamualaikum!^ ^

Ieylla: Kakwa, Ieylla pinjam dulu ea buku Macro nih?

Kakwa: Nanti la.. Bagi aku wat nota dulu. Da siap t aku bagi pinjam..

Intan berpaling memandang aku dengan pandangan semacam sambil mengangkat-angkat keningnya.. Tiadalah sama macam kening Ziana Zain pun..Dia dah tersenyum-senyum. Apehal lak dia nih?

Intan: Suke la dengar Kakwa nak wat nota... T share ea.. Kakwa wat kaler-kaler cket.. Baru best nak baca.. Baru datang feeling.. Ngeh3.

Kakwa: Lau da fotostat mane nak nampak kaler-kaler tuh. Banyak wet nak wat fotostat kaler?

Intan: Ala.. Cam tak biase.. Kakwa amek yang fotostat tu.. Orang amek nota yang original.. Pandai tak orang? *sambil senyum wat  muke tak bersalah.

Kakwa: Manyak chantek? Sendiri buat la!!

Intan: Alaa.. Cost fotostat orang bayar.. Pleaseee... Orang nak wat nota,tapi cam malaass je.. Leh laa..ea..ea..(sambil meleset-leset kat aku.. Lau orang len tengok mesti diorang ingat aku ni ibu ayam..-.-')

Kakwa: Menci la.. Ye la.. Ye la..!Fotostat ko bayar!

Intan: Yeay.. Suke la..!!

* Keji Baik tak kawan aku?? =.='

Adios!


JOM JOIN BLOGLIST HARIS KAITO!!!

Assalamualaikum!^ ^

Jom join!



I'm new.. So,tak pandai nak tag..huhu..=.='..

Adios!

Wednesday, 10 August 2011

Kisah baju raya...

Assalamualaikum!

Mem aku merangkap MAK aku adalah seorang suri rumahtangga sepenuh masa.. Tidaklah dia bersenang-lenang duduk di rumah mengira tangga yang memang tak wujud kat rumah tu.. Muahaha.. Mem aku ni pandai la gak menjahit baju.. Orang cakap jahitan sembat yang Mem wat sangat kemas..(Anak dia? Langsung takde yang mewarisi.. Hampeh!) Tapi setakat baju kurung,kebaya and pesen2 sikit leh la.. Suruh wat baju yang macam-macam gaya cam zaman sekarang,memang tak la dibuatnya..

Alkisaaah...Aku tak pernah tempah baju raya kat kedai.. Haruslah Mem yang buatkan.. Sampai sekarang Mem masih ingin menyiapkan baju raya aku.. Tapi....

Kalau aku beli kain untuk wat baju raya sebelum bulan puasa, maknanya.... Aku hanya akan dapat pakai baju tu pada raya ke-3 atau ke-4.. Sadis kan? Semenjak 2 menjak aku dah leh beli kain wat baju sendiri, memang aku belum lagi merasa pakai baju raya baru pada hari pertama Aidilfitri.. Huhu.. Memula kena camni,sedih woo... Nangis aku.. Aku punya la get ready awal-awal pagi raya tuh semata-mata nak pakai baju raya aku yang lawa tuh.. Pas da wangi-wangi,aku pun g la meleset-leset kat Mem..

Aku: Maaak,baju raya adik mane..?

Mem: Baju raya?(Menepuk dahi) Alamak dik! Mak lupe nak jahit la! Adik pakai baju lain dulu la.. T malam mak siapkan..

Aku: Emaaaakkkkkk........:'(


Lama-lama... Aku pun dah tak heran sebab aku tau Mem teramat la busy menyiapkan tempahan baju bajan dari kawan-kawan dia.. Dan aku dapat merasakan tahun ni pun aku akan mendengar ayat-ayat yang serupa cam tahun-tahun lepas.. Sabo je la, kan?

Adios!

Tuesday, 9 August 2011

Susahnya nak cari kerja...-.-'

Assalamualaikum!

Aku sekarang ngah cari kerja part time kat area tempat aku study ni.. Susahnya nak dapat.. Dah apply jawatan part time clerk kat pusat tuisyen,tapi pas raya baru dia bagi jawapan.. Adoyai.. Aku da bosan tahap dewa-dewi da ni.. Allah... Help me,please..

Tapi tak pe.. Rezeki ada di mana-mana.. Kena rajin sikit dan sabar je.. Insya-Allah.. Allah akan bantu..:)

Adios!

Sunday, 7 August 2011

Sumpah! Aku tak nak naik tren time weekend!!

Assalamualaikum!

Hari Sabtu nan indah.. Indah sebab ada orang ajak g Mid Valley sebab nak jumpa kawan and belanja buka puasa. Yeee... Saya suka ye.. Ngeh2.

Weekend camni.. Mesti ramai umat manusia yang akan memenuhkan tempat tu.. Takpe la.. Aku sanggup teman roomate aku nih bukan sebab dia belanja je,tapi sebab ni la first time aku g Mid. Huhu.. Da 2 tahun lebih aku kat sini.. baru sekarang aku dapat pegi.. Actually,aku tak suka tempat crowded.. Serabut la.. Bukan setakat kat Mid je,tapi dalam tren tu.. Mesti sesak gila.. Tapi Sara cakap lau pegi awal tak sesak sangat kot.. Ada cket rasa lega di situ.. Huhu..

Kul 4.45 ptg kitorang gerak g KTM.. Nek keta Sara. Sara tak tau jalan g Mid by car, so kitorang decide untuk nek tren je.. Sampai KTM,tren lom sampai ag.. Sambil tunggu tren, sempat posing dulu.. Huhu.. Kul 5 tren pun sampai.. Tak ramai yang nek tren.. Ok la tu..

Perjalanan ke Mid dalam setengah jam.. Sampai sana dalam kul 5.30ptg.. Pusing2 cari kawan Nisa' and then g Carrefour beli stok makanan. Kitorang takde la sakan sangat beli barang sebab balik kang nek tren. Malas nak bawak berat2 balik t.. Pastu g cari tempat nak berbuka t.. Haruslah cari yang murah saja sebab orang yang belanja.. Lau tempat mahal2... Kopak wet poket die seminggu.. Wakaka.. Kitorang menuju ke food court dalam Mid sebab banyak pilihan makanan. Aku just follow orang order makanan, Sara cop tempat duduk.. Takut t tak dapat duduk.. Takkan nak makan berdiri lak.. Ye dak?

Hasilnya.... Ni la juadah berbuka puasa kami... Terliur tak? Muahaha..


ada ikan bakar..ikan sumbat..ayam percik..sup ayam..sambal tempoyak..pergh!


Sushi..Sara gila makan mende ni..Huhu..

Nampak cam cket.. Tapi.. nak ngabihkannye.. Adoii... So'oh kate Nisa'.. Member si Nisa' tu makan cket je.. Padahal die yang order segala makanan tu.. Pas die makan, die terus g cari surau.. Kitorang bertiga la yang bersungguh2 kena habiskan.. Kang lau tak habiskan,membazir lak.. Kitorang tak nak la jadi kawan setan.. Ngeh3..

Pas da makan macam bela saka 10 ekor(bak kate Marsha).. G cari surau lak.. Pastu.. dak 2 orang ni terliur lak nak makan donut Big Apple.. G tapau.. Tengok jam.. Da kul 9 malam.. Terus menuju ke KTM.. Tiket balik pun orang belanja.. Pemurahnya lahai.. Huhu.. Suke tau.. Sekali kitorang turun tangga... Hamek kau.. Punya la ramai manusia.. Aku da mula rasa tak best nih.. Sara cadangkan nek tren yang ke2 je.. Aku cakap takut tak sempat sampai kolej je. Pagar tutup kul 11 malam.. So,kitorang redah je la...

Tunggu punya tunggu sampai kematu kaki aku,tren sampai gak kul 9.30 malam.. Masa nih..terserlah la perangai buruk memasing.. Main redah je.. Mulut pun.. mak aihh.. Caci maki da macam best friend je.. Tapi bukan kitorang la.. Kitorang tunggu semua da masuk baru kitorang masuk. Tak nak kena maki ngan orang.Huhu.. Sadis.. Hasilnya.. Aku melekat kat pintu tren tu.. Tu je pun tempat yang kosong.. Sabo je la.. Bila tren bergerak, baru la terasa rimas yang amat.. Panas.. Cam nak sesak nafas pun ada.. Ni la pertama kali aku nek tren sepadat ini.. Dalam reramai perempuan, ada En.Polis sorang dalam tren ni..Pergh.. agak selesa ko ye.. Kena himpit ngan perempuan.. 

Perjalanan terhenti pas area Salak Selatan. Bukan seminit dua.. Tapi dekat setengah jam!! Ya Rabbi.. Dengan sesaknya.. Dengan bau masam wangi masing2,aku da start pening.. Aku pandang keliling. Masing2 da merungut. Nisa' still ok. Sara? Siap berbual ngan En.Polis dengan mesranya..Huhu.. Tetiba,aku dengar sorang auntie start membebel. Adoi..Dia ni nak menambah kepanasan tol.Orang lain da pandang slack je kat dia. Makin lama makin kuat suara dia. Rasa nak cepuk je..

At last,sampai gak kitorang kat KTM Bangi. Perghh..sengal2 badan aku. Gile ar.. Patutla adik aku tak bagi pergi tadi.. Memang cam neraka heaven la sangat!! 

Sumpah babe!! Aku tak nak nek tren time weekend lagi!!!

Adios!!



Friday, 5 August 2011

Senaman waktu mengantuk dalam bilik kuliah.

Assalamualaikum!

Kalau dah stress atau mengantuk sangat kat dalam bilik kuliah..
amek masa 7 minit setengah untuk buat senaman ringan nih..

Ikut arahan betul-betul k...


ni ala taichi cket..
sebagai intro and warming up..


tiru la macam nih..
untuk melegakan bahu dan leher...


wooooo...wiiiiieee....


gerak ke kanan kemudian ke kiri...


gerak ke kiri kemudian ke kanan..


yang iniii...wat setakat yang termampu je tau!!


tepuk kuat-kuat kat dahi..
ni untuk ilangkan ngantuk tahap gaban..


wat camni...
macam di awang-awangan gitu...


kemudian goyang gigil camni..
buat cam tak de orang pandang korang..


buat cara aggresive camni..
jangan peduli dah pe orang nak kate...


hilangkan semua stress...


pusingkan kepala...



tengok muka kat cermin..
sambil goyang2..lawa tak..


last one..
wat joget kucing..


Kalau mengantuk juga dan senaman ini langsung tidak berkesan untuk anda...
Ambil beg dan kuar dari bilik kuliah....menuju ke masjid...Zzzzzzz.......

Selamat mencuba...

Adios!!

Wednesday, 3 August 2011

Baru aku tauu...

Assalamualaikum!

Td ngah belek2 buku si Nisa' ni.. Aku terjumpa beberapa perkataan yang aku baru tau nama panjangnya.. Selama aku belajar sekarang baru aku tau.. Time presentation aku bantai je sebut.. Huhu..

a.m - ante meridiem (before noon)
e.g. - exempli gratia (for example)
etc - et cetera (and so forth)
ibid - ibidem (in the same place)
i.e. - id est (that is)
p.m - post meridiem (afternoon)
r.p.m - revolutions per minute
R.S.V.P - Repondez s'il vous plait (please reply)

Ooo... Tu ke ayat panjangnye.. Baru aku tauu....

Tuesday, 2 August 2011

Misiku gagal di hari ke-2...=.='

Assalamualaikum!

OMG!!! Gagal sudah aku hari nih.. Adoyai... Camane leh lupe aku dalam tempoh berdiet nihhh... Gara-gara asam pedas yang kakak Sara hantar petang tadi la nii... Aduss...


*Ihsan Mr. Google semata-mata ye...ngeh3


Time berbuka tadi punya la elok aku mengatur pinggan untuk makan sementara menunggu roomate yang lain. Sepatutnya aku bubuh nasi dalam 2 pinggan je.. Ntah nape aku leh bubuh 3 pinggan nasi.. Aku pun cam tak sedar je..(aku dipukaukah? Apekah?) 

Then member aku si Nisa' ni tengokkan aku je.. Dia senyap je tengok aku.. Cam orang tahan senyum pun ado.. Aku wat tak tahu je la.. Then,azan pun berkumandang.. Minum air. Tunggu diorang solat jap.. Seminit.. 2 minit.. 3 minit.. 4 minit.. 5 minit......

Ok.. Da leh makan.. Nisa' pun baca doa. Then aku pun dengan ghairahnya menyenduk la lauk favourite aku tuhh.. Asam pedas wehh.. Uish.. Lau mak mentua aku lalu pun aku tak hirau dah rasanya.. Muahaha.. Aku pun suap nasi ke mulut aku.. Tiba-tiba....

Nisa': Yeay.. kakWa makan nasi! Sara pun sama! Wakaka!

Aku: Apekah?? (Blurrr...)

Baru aku tersedar dari 'dipukau'(poyo je).. Alamak! Aku kan ngah DiEt..? Same goes to Sara...! Aduh... Sara dah gelak2 dah.. Aku pun bantai la gelak.. Misi dah gagal!!

* Asam pedas menyebabkan aku tambah nasi 2x ye.. Arghhh!! Tapi takpe.. Sara cakap... Rezeki jangan ditolak... Muahaha




Monday, 1 August 2011

Salam Ramadhan!!...:)

Assalamualaikum!

Waahh... Tik tok tik tok...Dah sampai pun Ramadhan.. Cepatnya masa berlalu,kan.. Aku still berkira-kira.. Dah habis ke puasa yang aku ganti...? Hurm...Tak leh jadi ni.. Pas ni kena semak balik diari aku tu... Huhu..

Bila Ramadhan tiba...macam-macam azam yang aku buat... Nak puasa betul-betul.. Tambah amal ibadat..(penting nih!)..Tak nak miss sahur..(bagi aku yang sayang tido ni)..dan 1 lagi azam+angan2=DiEt.. Waahhh.. Apekah? Wakaka!





Yeeeee... Diet ye... Tiap kali bulan puasa,confirm aku ada azam tambahan nih.. Haa... Mula la aku nih.. Tak mo makan nasi laa.. Tolak KFC.. Pizza.. Dan segala makanan yang dikenalpasti akan menggemukkan aku sekaligus menggagalkan usaha murni aku tuh!  Adoyaaii... Tapi sekali je menjadi.. Tu pun masa aku kerja dulu la.. Sekarang? Yee... tak pernah berjaya disebabkan aku ada roomate yg sangat suka makan + pujukan rayu bonda terchenta setiap kali aku balik cuti kat kampung.. ~=.="

Anyway.. Akan aku pastikan usaha murni aku menambahkan pahala yang berganda-ganda + DiEt yang sempurna akan menjadi pada kali ini..  Jangan sesiapa nak meracuni fikiran aku kali nih.. Chaiyok2!

Adios!