Wednesday, 19 September 2012

Pendam atau Luah?

Assalamualaikum.^_^

Holla!!!!!

Prap! Prap!

Mak aih. Berhabuk!!

Huhu.. Lame betul aku tak menulis.. Bukan aku dah tak minat ke apa. Aku lupa password email untuk blog ni. Haha. Sadis je. Tetiba aku try harini, leh pulak masuk. Lepas ni confirm aku dah tak lupa lagi. Haha. *makan semut banyak gamaknya aku nih. Password yang senang pun leh lupa. -.-'*

Ok. Hari ini aku nak kongsi sedikit tentang perasaan. 

Perasaan apa?

Marah.






Ya. Marah. 


Semua orang agak susah nak kawal perasaan yang satu ni. Orang salah cakap, marah. Orang terlanggar bahu sikit, marah. Pasangan kita berlaku jujur pun, marah. 

Susah, kan?

Mak pesan, kalau marah, ambil air sembahyang kerana marah itu umpama api. Jadi air dapat menyejukkan kemarahan. Kan? :)

Ok. Back to the topic.

Apa yang nak aku coretkan kat sini adalah tentang kemarahan umat Islam seluruh dunia yang telah dicuit oleh segelintir orang yang tidak sensitif. 

Isu filem Innocence of Muslims.



Filem yang disunting di California, Amerika Syarikat, dibuat semata-mata untuk mereka cerita buruk yang tidak benar mengenai Nabi Muhammad S.A.W khususnya dan Islam umumnya. Maka wajarlah apabila saudara Islam yang lain marah dan geram dengan pembikinan filem ini.

Demonstrasi menentang filem ini yang dilakukan saudara Muslim seluruh Muslim bertujuan memberitahu bukan Islam supaya tidak mempersendakan Islam dan penganutnya. Bagaimanapun, kemarahan yang dipamerkan ternyata mengundang kemusnahan dan kerosakan harta benda, malah, sehingga menyebabkan kematian.




Bukan ini yang diajar oleh agama Islam. 

Aku agak kecewa apabila isu ini telah menyebabkan segelintir umat Islam hilang kewarasan. Sedangkan Islam menganjurkan supaya umat Islam menangani segala provokasi secara waras. Riwayat Al-Bukhari ada menyatakan "Orang yang kuat itu bukanlah yang dikenali dengan hebatnya berkelahi, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menguasai ( menahan ) diriya ketika marah ". 

Islam bukanlah agama yang membenarkan kemungkaran ditangani dengan cara yang mungkar juga. Islam mengajar supaya megawal perasaan. Sebelum melakukan protes, fahami isu sebenar, tontonlah filem itu terlebih dahulu bagi mengelak kita bersuara dalam keadaan diri yang jahil.

Allah S.W.T telah mengingatkan dalam firman-Nya: " Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak memiliki pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan diminta bertanggungjawab." (Surah al-Isra', ayat 36)

Wahai saudaraku, ikutlah peribadi Rasulullah S.A.W yang paling ideal, paling sempurna dan paling bertepatan dengan kehendak serta tuntutan syariat Islam yang perlu diteladani umat Islam. Rasulullah S.A.W adalah sebaik-baik manusia dalam berakhlak dan beretika serta orang yang paling mulia dan bertaqwa dalam berinteraksi. Firma Allah SWT : " Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). " (Surah al-Azhab, ayat 21)

Kawallah diri. Jangan dibiarkan marah menguasai diri. Kita diberi akal yang tiada tolok bandingnya. Hargailah ia. Semoga pengisian kali ini dapat mendapat keredhaan Allah hendaknya.

Amin.

Have a nice day :)

Wassalam.

*sumber dari slot Agama - Berita Harian, penulis Musa Awang (Presiden Peguam Syarie Malaysia)

No comments:

Post a Comment