Esok puasa. Yeay!
*nak jugak letak gambar ni. -.-'
Bulan yang ditunggu-tunggu, bulan yang penuh barokah telah kembali. Bersemangat sungguh. Maklum la, bulan mulia yang penuh dengan kebaikan. Ambillah peluang Ramadhan kali ini, kerana besar kemungkinan kita tidak akan menemuinya lagi pada tahun hadapan.
Kelebihan bulan Ramadhan juga ialah difardukan puasa di dalamnya. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Taala dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda:
Ertinya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan2, akan diampun segala dosa-dosanya yang terdahulu”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Antara keistimewaan puasa juga, Allah Subhanahu wa Taala akan menggandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan lain di mana kadarnya hanya diketahui oleh Allah. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda:
Ertinya: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya sehingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman:
“Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil ‘al-Rayyan’, masuk melaluinya orang orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorang pun selain mereka, diseru: “Mana orang-orang yang berpuasa?” maka mereka pun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorang pun selain mereka, maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorang pun.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Huzaimah pula disambung lagi. “Sesiapa yang masuk akan minum, dan sesiapa yang telah minum tidak akan dahaga selama-lamanya.”
Hukum Mngerjakan Puasa
Hukumnya ialah Fardhu Ain dan kefardhuan ini ditetapkan oleh dengan al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak Ulama:
• Al-Quran: Firman Allah Subhanahu wa Taala:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah: 183)
“Didirikan Islam atas lima perkara - antaranya - puasa Ramadhan”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
• Ijmak:
Puasa merupakan perkara dharuriyyah dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka dia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah dipenjarakan dan ditegah daripada makan agar terhasil gambaran puasa pada dirinya.
Rukun puasa ada tiga iaitu:
1. Orang yang berpuasa
2. Niat
3. Meninggalkan dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa
Setakat ini dahulu. Semoga pengisian kali ini bermanfaat untuk semua. Azam aku dalam bulan puasa tahun ini, cuba untuk khatam Al-Quran walaupun sekali. Moga dipermudahkan. Amin.
Take care guys.. :)
*sumber daripada http://www.islam.gov.my
No comments:
Post a Comment