Sunday, 8 June 2014

Lirik Lagu Patah - OST Kerana Terpaksa Aku Relakan

Kerinduan dalam hati
Bagai ditusuk sembilu bisa
Ku tak sanggup menahan sakit di hati
Ku mengharap kesakitan ini sementara
Ku terjaga kau tiada di sisi
Bila sedar erti cintamu padaku

Airmata yang mengalir
Menemani ruang hati ini
Namun kini ku tahu tiada yang pasti
Bila sedar erti cintamu

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup

Pernahkah pernahkah engkau terfikir
Fikirkan tentangku sakit merinduimu
Tak mungkin tak mungkin aku mampu
Menahan beban sakit hidup tanpa dirimu

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri

Limpah hidup

*Lagu ini sangat terkesan dalam hati. :'(

Thursday, 8 May 2014

Hari Ibu.

Assalamualaikoomm.!!

Hollaaa^_^

Alhamdulillah.. Masih hidup. Masih bernafas di bumi Allah. Masih punyai masa yang bersisa untuk meneruskan kehidupan.

Oke. Ahkak sebenarnya buntu bila memikirkan tentang Hari Ibu yang bakal menjelma ni. 




Tiap-tiap tahun pun memang camni. Tak tau nak bagi apa kat Ma'am tu. Tahun lepas kitorang share adik beradik beli gobok. *Gobok tu slang Joho bermaksud almari.* Setiap tahun Hari Ibu ni dekat2 je ngan tarikh hari jadi Ma'am. So, ahkak bagi hadiah tu sekaligus la. Senang. Jimat. Hehe.

Macam tahun lepas, ahkak tau nak bagi apa sebab Ma'am dok merungut pasal almari dia da penuh ngan pakaian dia & Bos Beso a.k.a Abah. Kalau dah tiap kali dia bukak gobok tu dia dok merungut.. Maknanya dia nak anak2 dia beli lettewww... Main psiko betul Ma'am tu. Heh.

Tapi disebabkan ahkak da tak duduk ngan dia, so ahkak tak tau apa kehendak dia kali ni. Hurm.. Bantai je la hadiah apa pon kan.. Ma'am ni jenis tak kisah. Apa pon anak2 bagi dia amek ngan muka penuh berseri. Senyum seminggu. Kikikikiki.

Sebenarnya hadiah tu tak penting. Yang penting adalah ingatan dan doa dari anak-anak. Tapi ahkak suka menghargai Ma'am ngan cara camtu. Bagi dia hadiah. Belikan kek. Semuanya kerana nak bagi dia rasa bahagia dan rasa dihargai. Ini pon rasa cam sikit sangat kalau nak dibandingkan ngan pengorbanan Ma'am selama ni. :'(

Hargai Ibu selagi dia ada bersama kita. 

Oke la. Nak sambung fikir hadiah apa nak bagi. Arrrghhhh!! *pecahkepala*

Adios!!




Wednesday, 7 May 2014

Makan-makan #2

Assalamualaikoooommmmm!!!

Hollaaaa^_^

Haaiiii... Bersiaran lagi di kala hujan lebat melanda Pasir Gudang. Hujan rahmat pabila ramai mengadu panas dalam 2-3 hari ni. Alhamdulillah.. Antara doa yang dimakbulkan adalah doa di waktu hujan. Berdoalah dengan setulus hati. InsyaAllah. Allah Maha Mendengar.. :)

Okey.. JJCM #2 ni ahkak nak bawa 1 lagi tempat makan yang sedaaaaapppp makanannya. Kedai ni dibuka dari pagi sampai tengahari. Selalunya ahkak breakfast je la kat sini sebab ada menu diorang yang buat ahkak teringat-ingat sampai termimpi-mimpi sampai mengigau*menipu*. Gittew. Kikikiki.

Tak mau la story panjang-panjang. Mempersembahkan.................

.
.
.
.
.
.
.

*_*


Perrgghhhhh... Meleleh tak air liur korang?? Haha. Ini adalah lontong goreng terbaeekkk dalam Kluang. Harga pon sangat berpatutan. Takkan ni je? Tak. Tak. Ada lagi menu lain yang membangkitkan selera makan korang. Confirm korang tak mampu nak tolak lah! 
















Haaa... Amacam? Terliur tak? Ini adalah antara tempat breakfast yang popular kat Kluang. Kalau korang berhajat nak pegi sini.. Ni peta nak pegi sana.




Korang boleh singgah kat FB diorang nih : Lontong Goreng Meletop


Oke. Jamu mata korang puas-puas. Ahkak nak jamu tekak jap. Haha.

Kbai.

Adios!


Makan-makan #1

Assalamualaikooommmm!!!

Holla^_^

Alhamdulillah.. Masih bernafas di hari yg indah ini. Masih mampu mencoret sesuatu untuk tatapan ramai. *ececeh. 

Oke. Harini ahkak nak promote tempat makan yang best di sekitar Joho ni. Best disebabkan rasa makanannya la *of course* sebab ahkak memang kaki makan. Disebabkan perangai kaki makan ni la maka pertambahan berat berlaku dengan pantasnya. Blerrghh.

Oke. Untuk JJCM siri 1 ni.. Ahkak nak promote 1 kedai burger bakar kat Kluang. Glamer gila diorang nih. Kiranya the best burger in town lah. 



Haaa... Ni lah namanye. WALAWEI BURGER BAKAR. Diorang ni takde gerai. Diorang guna lori je untuk perniagaan diorang. Meh tengok apa yang menarik tentang diorang. 




Orite. Ni antara menu2 diorang yang terhangat pada masa kini. Ceewaah. Tapi serius sedap sebab ahkak memang suka makan burger. So ni antara port best untuk ahkak memenuhi nafsu selera makan ahkak. Bhahaha. Memang thorbaeeekkk!!












Perghhh... Kecur wehhh... Tetibe rase lapo. Ni baru tgk gambo. Lau tengok depan mateee... Memang teruja gile rasenye. Oke. Kalau korang turun Kluang.. Leh la cari gerai diorang ni kat area traffic light Kampung Melayu berdekatan ngan bus stand Kluang dan Hotel Prime City, Kluang. Pasti korang tak menyesal! ^_^ 




Balik Kluang esok confirm ahkak cari burger Walawei Burger Bakar ni. Weeeeeeee~~~

Kbai.


Adios!!




Wednesday, 30 April 2014

Cita-cita.

Assalamualaikooomm!!

Holla ^_^

Haaa.... Aku update entry lagiiii... Inilah bahana kebosanan sebab tinggal aku sorang je kat office ni. Memang. Aku memang sukeeeeeeeeeeeeeee jaga office. Huh!

Ah. Lantakle. Ada la masa untuk aku hapdate blog ni haa... Maksimumkan penggunaan wifi di tempat kerja. Bhahaha.

Oke. Aku nak story pasal Cita-cita. Ambition. Or whatever they said. Aku rasa ramai orang jadi cam aku. Masa kecik2 cita-cita lain. Dah beso lain pulak jadinya. Ingat lagi dulu.. Masa sekolah rendah kekonon nak jadik cikgu la.. Doktor la. Jururawat la. Bajet kerja nak best je. Heh.



Bila da masuk sekolah menengah.. Teringin gila nak jadi Kareografer sbb aku suka menari. Kunun nak jadi cam beliau.....


*Linda Jasmine yang gorgeous*

Sampai Form 5 pon aku still letak cita2 ni dalam hati aku. Ececeh. Tapi memang aku nak sangat jadi guru tari. Sampai cikgu cakap.. "Bio betol awak nak jadi guru tari?" Aku ngan confident jawab "Ya, Cikgu" sambil senyum  x abis. Haha.

Dulu cita-cita aku ada 3. Memula aku nak jadi seperti di atas la. Guru tari. memang tak berubah kedudukannya. 

Ni no. 2.....
*Cikgu*

Ni no. 3......


*Jururawat*

Tapi bila dah join Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, aku terus tuko cita-cita. Nak jadi Jurulatih Kawad. Perghhh... Tak agak2 punya cecita. Haha.



Pastu aku sambung belajar. Haa.. Dalam waktu study ni aku rasa ada betol cket cecita aku. Aku nak jadi Pegawai kerajaan. Tak kisah la dalam bidang apa sekalipun. ^_^

Dan sekarang aku dalam usaha nak mencapai cecita yang satu tu. Confirm tak berubah dah. Sebab bila usia dah makin bertambah.. Kita mesti nak kerja yang sangat menjamin masa depan kita. Tak ada orang nak jadi susah bila dah tua nanti. So, work hard and work smart. Sementara masih muda. Kan?

Oke. Kepala dah berpinar2 sebab asek ngadap pc je arini. Sambung nantilah ye. @_@

Adios!

Nuffnang Ads?

Assalamualaikoooooommmmmmm!!!

Hollaaaaa^_^

Amboiboiboiiiiii..... Excited sangat ni paahhhaallll!!!  Bhahaha. Aku baru daftar Nuffnang Ads. Aku godeh punya godeh.. Akhirnya menjadiikkk. Yeaayyy!!!

Aku daftar pon untuk sesuke je. Sebab aku jeles tengok orang lain punya blog ada iklan. Aku nak jugak. Maju la katekaaannn...

Aku ada gak tengok tutorial kat blog lain cara nak letak iklan. Terkial-kial jugak la memula nak start tadi. Aku ikot apa yang Nuffnang ajo dan aku tengok tutorial dari blog Lyssa Faizureen. Baru la menjadik!^_^

Oke. Tu je nak taip. Bhahaha. Kbai.

Adios!!


Musim bunga. Yeay!!

Assalamualaikoommm!! 

Hollaaa! ^_^

Hye babes.

Alhamdulillah. Masih bernafas di bumi Allah. Semoga terus diberi kesempatan untuk memperbaiki diri dan bertaubat. :)

Oke. Hari ini ahkak nak story cket pasal musim bunga di Joho. Memang heaven sangat dapat tengok bebunga di mana2. Perghh.. Memang cantek banget! Nak tengok gambo? *kuo da slang Joho. Kikiki.* Meh tengok gambo bebunga yang awesome. Ahkak bagi 4 bintaaanngggg......! 

*bunga di seluruh Joho. Subhanallah..*

Ni ada lagi sekitar kawasan Joho. 













Cantek kan? Tak terungkap dek kata-kata..

Anyway, nama bunga ni adalah Tabebuia Rosea. Orang Malaysia panggil Sakura Malaysia. Sebab ala-ala bunga Sakura kat Jepun gittewww..  Pokok ni boleh mencapai ketinggian 1181 in @ 30m dan boleh membesar dalam anggaran 100cm @ 3 ft. Di Costa Rica, ia disebut Roble de Sabana bermaksud 'savannah oak' manakala di El Savador pula ia disebut Maquilishuat. *credit to Wikipedia

Walau apapun namanya, ia adalah bunga yang sangat awesome dan menyejukkan setiap mata yang memandang. Kalau tangkap gambo memang canteeeeeeekkk sangat!. ^_^

Oke. Stop feeling2 berlakon dalam Para-para Sakura. *apekah??* Ni ada video untuk santapan mata korang. Memang awesome sangat. Klik kat link tu kalau nak tengok ea. ^_^


*credit to Anak JB


Oke guys. Jamu mata korang puas2. I'll be back. Later.

Adios! ^_^
















Thursday, 24 April 2014

New Entry in year 2014

Assalamualaikooommmmm ^_^

Holla!!

Mak aih... Punya lama aku tak bersiaran. Gile kentang!! Haha. Bahana kesibukan menguruskan urusan di tempat baru.

Kerja baru.

Suasana baru.

Boyfriend Kawan baru.

Alhamdulillah. Sekarang aku dah dapat kerja yang lebih baik.. Yang lebih direstui. *eh? haha* Yang lebih seronok. Semua orang pun suka dengan kerja baru aku. Tak la dapat gaji bergaji besar. Cumanya lebih menjamin dan terjamin. Gitu.

Sekarang aku dah tak duduk KLUANG lagi dah. Duk jauh sikit. Pasir Gudang. Masih dalam JOHOR. Perjalanan cuma 1 jam setengah je. Boleh sangat nak ulang alik tiap2 minggu. Tapi rasanya cam tak mungkin je. Sebab kerja baru ni memerlukan pengorbanan masa yang bukan sedikit. Harap tabahlah Mr. M dalam hal ni. Heeeeeee.

Alaaa... Bos panggil pulaaakkk.. Kacau sungguh. Blerghh.

Sambung nanti guys! ^_^

Adios!