Thursday, 9 May 2013

Terima Kasih Allah!

Assalamualaikum (O.o)

Holla!!

Excited terlebih nak taip entri nih. Tak keruan jari jemari, kuku-kuku, sendi-sendi dan tulang belulang nak menaip disebabkan kejutan + kegembiraan yang mengganggu gugat ketenangan hidup aku bulan nih. Punyalah menggelabah. Phew! Rezeki berganda yang sangat tak disangka-sangka. Bukan satu, tapi DUA. Alhamdulillah. Terima kasih ALLAH. ^_^

Nak tau apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nindiaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!



*rasa macam nak melompat je bila dapat surat ni. agagagaga ^_^*


Ni lagi satu ------------------------------------------
.
.
.
.
.
                                                                                

Ngeeeeeeeeeeeeee~~~ *silalah jealous*


Walaupun hanya temuduga dan peperiksaan, rasa bersyukur sangat. Memanglah, belum tentu dapat. Tapi sekurang-kurangnya peluang itu ada. Dapat ke, tak dapat ke.. Itu belakang cerita la kan. Yang penting aku berusaha sedaya upaya untuk buat yang tebaik. Kalau ada rezeki, adalah ruang untuk aku. Kalau dah tertulis bukan rezeki aku, sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman temuduga di jabatan kerajaan. Boleh jadi panduan untuk masa depan. ^_^

Ok la. Entri lepas ni aku akan cerita tentang debaran di tempat temuduga. Juga soalan-soalan yang langsung aku TAK jangka. Soalan yang buat aku rasa nak cekik diri sendiri. (T_T)

See you in the next episode.

Adios!





Sunday, 5 May 2013

Hari yang dinanti telah tiba!!

Assalamualaikum^_^

Holla~


Yeah. Akhirnya aku dapat memangkah jua. Berdebar-debarnya rasa. Kalah perasaan masa tunggu result exam dulu. First time mengundi oke. -.-


Aku pergi awal pagi lagi. Mengundi di Sekolah Kebangsaan Dato' Abd Rahman Yassin, Kluang, Johor. Aku sorang je yang tercampak kat sini. Family yang lain mengundi di Sekolah Agama Dato' Abd Rahman Yassin. Sekolah ni letaknya bersebelahan je.






Tak sanggup beratur lelama kat tempat mengundi punya pasal, aku pergi pukul 8 pagi. Semangat! Masa aku sampai, dah ramai pun yang beratur. Tapi, kebanyakannya Chinese. Aku tengok depan belakang, hanya 2 orang je Melayu kat situ. Aku dengan seorang mamat.tu. Hurm.. I just wondering......









*Tq abang polis sebab membantu kelancaran PRU-13*

Anyway, seronok dapat memangkah. Seronok sebab dapat menunaikan hak yang satu ni. Teruja bila dapat melibatkan diri dalam situasi ni. Bukan senang nak dapat peluang. 5 tahun sekali. Bak kata Lisa Surihani, 'cuma saaaa.....tu hari saja.' Hehe.


Mengundi di Saluran 7, akhirnya aku dapat memangkah pada jam 8.35 pagi. Phew! Lepas serah IC, kena calit dakwat kekal. Berdebarnya rasa. Then, aku dapat 2 helai kertas undi. Satu untuk DUN, satu untuk PAR. Tetiba aku jadi lost jap. Aku nak kena buat apa dengan kertas ni??? Ah! Sudah. Aduh.. Camane leh lupa ni. Aku buat-buat masukkan IC dalam beg duit, sambil ligat memikir. Lepas tu aku teringat lagu yang Black nyanyi kat tv tu.


O.. kena pangkah la... -.-'


Oke. Dah siap pangkah, lipat kertas dan masukkan dalam tong. Done!










*nasib baik aku datang awal. Huhu*

Maka tercalitlah dakwat kekal berwarna biru ini dijariku. Yeah! Satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan.



TADAAAA!!!

Walau apapun keputusannya, aku harap negara bernama MALAYSIA ini kekal aman, damai dan makmur selamanya. MALAYSIA tanah tumpah darahku!


*Psstt.. korang nak tau aku pangkah sape??? Ni haaa....




Muahahaha!


Adios!


Take care guys! :)






Sunday, 28 April 2013

She's inspiring me a lot!


Assalamualaikum ^_^
Holla!
We all have excuses not to diet or exercise. You don’t have time. It’s too expensive. You swear you never see results anyways. You’re 73 years old…oh, wait, is that not one of your excuses? Well, for one bodybuilding champion, it could have been. But she didn’t let her age or anything get in the way of her full body transformation.


73-year-old Ernestine Shepherd has the body of a 20 year old. Seriously. She gets up at 3 am every morning to begin her workout. She runs 80 miles a week, two to three hours a day. She lifts weights daily and has even won first place at a bodybuilding competition where she was the only competitor in her age group (see her in action in this video on 
YouTube).

http://ernestineshepherd.net/wp-content/gallery/ernie/ernestine-shepherd.jpg


She has made fitness a way of life, but she didn’t always do that. Ernestine used to never exercise. But like for many people, the alarming approach of bathing suit season kicked her and her sister into action while trying on swimsuits and laughing at one another’s extra jiggle. The two made a pact that day to get in shape. Eventually, that pact turned into working to be the two oldest fitness competitors in the world.
Ernestine’s sister died suddenly of an aneurysm only one year into their training. And Ernestine quit exercising completely to hole up in her home until one friend shook some sense back into her. Ernestine got back on track with training in an attempt to fulfill her promise to her late sister. And did she ever…
She went from being a woman who never exercised to being the Guinness Book of World Record’s oldest female bodybuilder. She is a certified personal trainer and she has modeled and posed for Essence Magazine.

So, what's my excuse not to?

Enjoy reading.

Adios!

*A copy from quickeichick.com





Friday, 12 April 2013

Perihal Mengundi

Assalamualaikum ^_^


Holla!!



Marilah mariiii~~Pergi mengundi~~~~Tunaikanlah kewajipan pada negara~~~~~~








Yeah!!


Teruja gila aku menghitung hari pengundian. Haha. Aku tak pernah mengundi sebelum ni, walaupun aku sebenarnya layak mengundi. Disebabkan ada beberapa kesilapan teknikal yang menyebabkan nama aku TIDAK tersenarai sebelum ini, maka aku berusaha untuk memastikan nama aku tersenarai pada kali ini, sekaligus melayakkan aku memangkah untuk PRU kali ini. Haha. Semangat gila!


Korang dah semak daftar pemilih? O.. tak tau cara. Ok. Meh sini Kak Yong bagitau. Ahaks!





Haaa.. Nampak tak yang kat atas tu? Bukan sesaje nak letak tu. Huhu. Anda semua boleh ke laman web seperti yang di atas untuk check anda2 maklumat untuk mengetahui samada anda layak mengundi atau tidak dan untuk anda mengetahui lokasi tempat pengundian. Jangan sampai tersilap tempat pula ye. ^_^


Bila tarikh mengundi?






Tu dia. Tan Sri dah umum dah. Ha.. apalagi.. Pastikan anda semua keluar mengundi beramai-ramai tau. Undi anda menentukan nasib negara. Demokrasi adalah hak kita. Kan? :)

Jangan risau. Undi anda adalah RAHSIA. ^_________^


Saya pilih.. MENGUNDI. 


Adios!


*take care guys. :)







Sunday, 7 April 2013

Entri pertama untuk tahun 2013

Assalamualaikum! ^_^

Whoaaa~~ 

Lama tak menaip. Entah apa yang jadi kat dunia blogger sekarang ni pun aku dah jarang ambil tahu. Sesejak jadi orang bekerjaya ni, masa seakan-akan terhad. Dengan line broadband yang selalu membuatkan aku menjeruk rasa, aku jadi malas nak menekan papan keyboard. Tapi malam ni tetiba datang balik semangat untuk menaip untuk melepaskan tekanan kerana...........................



Pasukan JDT - Johor Darul Takzim kalah tipis dengan pasukan Selangor. 






Ouch! Keputusan yang membuat mood aku terbang melayang. Arghh!

Fine. Aku kena redha. *Ayat cam drama petang-petang je. Haha. 

Ye. Aku tahu. Rezeki tak berpihak pada pasukan JDT kali ni. Tapi aku tabik la juga pada pasukan Selangor, terutama goalkeeper - Norazlan Razali. Aku rasa dia goalkeeper terbaik setakat ni. Sorry to say, he's better than Apex. Huhu. *Peminat Apex jangan terasa ye. Pandangan peribadi aku je ni. ^_^

JDT pasti bangkit selepas kekalahan ni. PASTI. Tapi, walau apa pun keputusan perlawanan yang seterusnya.. Aku tetap sokong JDT dan Johor FA sebab...........................



I'm a pure
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

JOHOREAN!!!!!!!



Yeah!!! 

Adios!

*take care guys. 



Majulah JOHOR untuk JOHOREANS! Luaskan kuasamu!!

Wednesday, 19 September 2012

Pendam atau Luah?

Assalamualaikum.^_^

Holla!!!!!

Prap! Prap!

Mak aih. Berhabuk!!

Huhu.. Lame betul aku tak menulis.. Bukan aku dah tak minat ke apa. Aku lupa password email untuk blog ni. Haha. Sadis je. Tetiba aku try harini, leh pulak masuk. Lepas ni confirm aku dah tak lupa lagi. Haha. *makan semut banyak gamaknya aku nih. Password yang senang pun leh lupa. -.-'*

Ok. Hari ini aku nak kongsi sedikit tentang perasaan. 

Perasaan apa?

Marah.






Ya. Marah. 


Semua orang agak susah nak kawal perasaan yang satu ni. Orang salah cakap, marah. Orang terlanggar bahu sikit, marah. Pasangan kita berlaku jujur pun, marah. 

Susah, kan?

Mak pesan, kalau marah, ambil air sembahyang kerana marah itu umpama api. Jadi air dapat menyejukkan kemarahan. Kan? :)

Ok. Back to the topic.

Apa yang nak aku coretkan kat sini adalah tentang kemarahan umat Islam seluruh dunia yang telah dicuit oleh segelintir orang yang tidak sensitif. 

Isu filem Innocence of Muslims.



Filem yang disunting di California, Amerika Syarikat, dibuat semata-mata untuk mereka cerita buruk yang tidak benar mengenai Nabi Muhammad S.A.W khususnya dan Islam umumnya. Maka wajarlah apabila saudara Islam yang lain marah dan geram dengan pembikinan filem ini.

Demonstrasi menentang filem ini yang dilakukan saudara Muslim seluruh Muslim bertujuan memberitahu bukan Islam supaya tidak mempersendakan Islam dan penganutnya. Bagaimanapun, kemarahan yang dipamerkan ternyata mengundang kemusnahan dan kerosakan harta benda, malah, sehingga menyebabkan kematian.




Bukan ini yang diajar oleh agama Islam. 

Aku agak kecewa apabila isu ini telah menyebabkan segelintir umat Islam hilang kewarasan. Sedangkan Islam menganjurkan supaya umat Islam menangani segala provokasi secara waras. Riwayat Al-Bukhari ada menyatakan "Orang yang kuat itu bukanlah yang dikenali dengan hebatnya berkelahi, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menguasai ( menahan ) diriya ketika marah ". 

Islam bukanlah agama yang membenarkan kemungkaran ditangani dengan cara yang mungkar juga. Islam mengajar supaya megawal perasaan. Sebelum melakukan protes, fahami isu sebenar, tontonlah filem itu terlebih dahulu bagi mengelak kita bersuara dalam keadaan diri yang jahil.

Allah S.W.T telah mengingatkan dalam firman-Nya: " Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak memiliki pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan diminta bertanggungjawab." (Surah al-Isra', ayat 36)

Wahai saudaraku, ikutlah peribadi Rasulullah S.A.W yang paling ideal, paling sempurna dan paling bertepatan dengan kehendak serta tuntutan syariat Islam yang perlu diteladani umat Islam. Rasulullah S.A.W adalah sebaik-baik manusia dalam berakhlak dan beretika serta orang yang paling mulia dan bertaqwa dalam berinteraksi. Firma Allah SWT : " Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). " (Surah al-Azhab, ayat 21)

Kawallah diri. Jangan dibiarkan marah menguasai diri. Kita diberi akal yang tiada tolok bandingnya. Hargailah ia. Semoga pengisian kali ini dapat mendapat keredhaan Allah hendaknya.

Amin.

Have a nice day :)

Wassalam.

*sumber dari slot Agama - Berita Harian, penulis Musa Awang (Presiden Peguam Syarie Malaysia)

Monday, 30 April 2012

Talam dua muka.

Assalamualaikum.


*percayalah. ko lagi huduh dr die ni.



Aku tak suka orang talam lapan dua muka ngan aku.

Kat depan kemain Islamic. Kat belakang cam hangkang.

Desperate!

Rasa cam tunjuk 'jari tengah' je kat ko nih. Tapi, tak sesuai lak walau ko pernah wat camtu kat aku. Tudung labuh bagai. Jalan menunduk sampai nak langgar tiang. Tapi, tu depan orang laen la. Depan aku, macam lahanat je. Sumpah! Aku menyampah gile nengok ko nih. Heh. (Rasa cam  aku nak tumbuk muke ko laju2. Grr.)


Please la. Jadi la orang yang beradab, sesuai ngan apa yang ko pakai. Jangan la wat perangai huduh. Hadoi la.

Anyway, aku tak pernah judge perempuan laen yang bertudung labuh same perangai cam die sebab aku ade beberapa kawan yang berpakaian camtu yang sangat baek ngan aku. Ko sorang je perangai huduh.

But..

We never be friends, right.?

Thank God. :)

Apepun, aku tak layak beri nasihat. Fikir sendiri. Moga Allah beri hidayah.

Amin.

Adios!

*Ape yang aku merapu aku pon tak tahu. Bengang sangat!




Thursday, 15 March 2012

Sindrom 'Carpal Tunnel'.

Assalamualaikum!^_^

Holla!

Dah lama rasanya tak taip entri pasal kesihatan. Kali ni aku nak story pasal Sindrom 'Carpal Tunnel'. Check it out.









Sindrom Carpal Tunnel ini adalah satu penyakit yang boleh meyerang sesiapa saja. Sindrom ini terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit. Ini disebabkan oleh terowong yang berada pada bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.


Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan. Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan. Simptom sindrom ini bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.


Antara simptom yang biasanya terjadi adalah :

1. Kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur (yang ni selalu jadi kat aku). Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan rasa kebas tersebut.




2. Kesakitan yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke telapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

3. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang terjatuh.

Apakah punca tekanannya?

Punca tekanan pada saraf median ini tidak dapat dipastikan dengan tepat, tetapi ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor :


  • Penyakit lain yang melibatkan gangguan hormon seperti diabetes, gangguan tiroid dan menopaus  atau keadaan yang menyebabkan takungan cecair badan seperti wanita hamil dan amyloid.
  • Penggunaan tangan secara berulang-ulang secara berpanjangan atau kecederaan pada bahagiaan pergelangan tangan.

Faktor lain :

  • Jantina : Wanita mengalami 3 kali lebih risiko daripada lelaki. Kebanyakannya berlaku selepas menopaus.
  • Keturunan 
  • Keadaan kesihatan tertentu : Tiroid, obesiti, diabetes, wanita hamil. Sindrom ini yang berlaku pada wanita hamil biasanya akan hilang selepas bersalin.
  • Perokok.
Diagnosis :

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, doktor akan mencadangkan untuk melakukan beberapa ujian seperti :

  • ELEKTROMYGRAM : Untuk menentukan bahawa kerosakan otot pada bahagian tangan sudah berlaku atau tidak.
  • NERVE CONDUCTION STUDY : Untuk melihat samada impuls elektrik saraf menjadi perlahan atau tidak.
Rawatan :

Pesakit yang mengalami simptom yang teruk boleh mengurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat cold packs (ais) untuk mengurangkan bengkak pada tangan. Terdapat juga kaedah rawatan lain yang melibatkan pembedahan atau tanpa bedah (non-surgical).

  • WRIST SPLINTING - Splinting (anduh) yang mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam.
  • NON-STEROIDAL ANTI-INLAMMATORY DRUG (N S A I D S) - Menggunakan ubat mengurangkan bengkak untuk mengurangkan rasa sakit.
  • STEROID - Suntikan ubat jenis ini ke dalam bahagian Carpal Tunnel boleh mengurangkan kesakitan. 


Aku selalu kena sakit camni. Tapi tak la teruk sangat. Huhu.

Semoga berguna info yang aku taip ni.

Adios!

Take care guys.:)

p/s : Credit to DARA.COM Magazine.








Coconut Shake Alai. Terbaek!

Assalamualaikum!^_^

Hollaaaa!

Hari ni aku nak story pasal Coconut Shake Alai.

Apekebenda Coconut Shake Alai itu?

Ni ha.^_^


*sampai kena beratur..*

Coconut Shake Alai ni bertempat di Alai,Melaka. Memang sedap la coconut shake dia. Sambil aku beratur,aku perhati la cara diorang buat shake ni. Macam senang je.

Bahan-bahan dia (sukat sendiri..huhu):

Air gula
Isi kelapa muda
Ais

Dan yang penting adalah.....

Nestle Vanilla Ice cream!

nyum..nyumm.(n_n)


Pergh! Memang terbaek la coconut shake diorang nih. Lepas diorang dah blend semua bahan, diorang tambah lagi seketul aiskrim. Memang heaven!


*cuba tengok mangkuk aiskrim tu.. dari pagi hingga kul 2 petang dah banyak camtu..*


*banyak kelapa diorang guna.*


*ni la rupa coconut shake tu. rupa biasa je..tapi rasa.. memang terbaek!*


Aku tengok customer beli bukan setakat 1-2 (cam aku..-.-'). Tapi sekali beli 8-10 cawan.. Patutla cepat habis aiskrim diorang. Aku baru first time rasa. Tu pun adik aku yang bagitau masa dalam perjalanan balik dari Johor. Tak rugi la aku beratur dekat setengah jam semata-mata nak rasa coconut shake ni. Memang aku akan singgah lagi kat sini lau aku lepak kat Melaka. ^_^

Ok.Setakat ini saja.

Adios!

Take care guys!:)

p/s : Harga coconut shake ni RM2.20. Berbaloi-baloi! ^_^






Merdekaaa!!!! Yieehaaaaa!!!

Assalamualaikum!!^___^

Hollaaaaaa...!!

Happy lebih sikit hari ni..  Sebab hari ni.....



----------> LAST PAPER <----------



Memang terbaek!!


^

Segala penat lelah dah berakhir hari ni. Ini la exam paper aku untuk sem ni dan paper Islamic Institutions in Economic and Financial Systems adalah paper yang terakhir selepas 3 tahun aku kat sini. Tinggal tunggu keputusan dan sambung buat praktikal bulan 4 ni.

Jom tengok wajah2 ceria sempena hari terakhir exam.. :)

Let's da picture tells the story lah!^________^


*exam hall*







*Robiatul Adawiyah. Model banner. Haha*


*Dila.. booolaat mate!:p*


*Si blogger AnnaJ n Intan*


Harap2 dapat result terbaek sem ni..


Penat otak. 


Penat segala-gala.


Moga berbaloi segala usaha. Amin.



Adios!

Take guys.:)