Wednesday, 25 January 2012

Kenangan terindah..

Assalamualaikum^.^

Holla guys!

Hari ni nak story sikit tentang tempat2 yang aku selalu lepak kat Nilai. Dalam banyak2 tempat, aku paling suka 2 tempat ni selain Giant and Tesco. Huhu. 1 tempat makan and 1 lagi tempat berangan @ cari ilham (cari ilham la sangat!:p)

Ha.. Ni tempat makan yang aku suka lepak.



*Ada layar skrin.

*ni makanan yang selalu aku order : Ikan masak stim halia. 
Superb!


sedap!

Sebab utama aku lepak sini, sedap and murah. Tukang masak kat sini lelaki and rata2 pelayannya diorang import dari Thailand yang sangatlah ramah. Restoran ni terletak di Acacia Park, dekat je ngan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kat atas restoran ni adalah hostel lelaki pelajar USIM. So, ramai la student yang suka lepak kat sini. Sape2 yang tercari2 tempat makan kat Nilai, aku suggest tempat ni. Thumbs up!

Yang ni lak... Tempat aku mencari ilham... Tasik berdekatan Desa Casuarina and Nilai Spring Heights..


*cantik kan?:)





*banyak ikan woo..







*ada mansion kat sana tu.. tapi tak leh pegi sana.. private property..



Aku suka lepak sini sebab sangat mendamaikan. Leh bagi ikan makan roti (sambil aku pun makan sekali..huhu). Selalu datang sorang or ngan budak botak tu (adik aku la..-.-') and tunang dia. Banyak gile ikan koi, ikan keli.. Kura-kura pun ad0.. tapi sayang..

*sekali tak leh mancing daa...-.-'

Lepas ni, jarang la aku datang sini. Adik aku dapat praktikal kat Henry Gurney,Melaka. Kawan2 kat USIM pun kebanyakannya praktikal kat tempat lain. Mesti aku akan merindui kenangan2 terindah sepanjang aku ada kat sini.. And of course.. I will miss him,too...:)

Adios!

Take care guys..:)


Tuesday, 24 January 2012

Perpisahan itu..

Assalamualaikum^.^




Sejak kebelakangan ni, aku banyak melukakan hati orang. Mungkin aku mula merasai kehilangan. Mereka yang aku sayang akan pergi.

Sedih?

Ya.

Memang sedih. Aku marah-marah semata-mata untuk dapatkan perhatian. Ye la. Tak lama lagi dah takde orang nak melayan perangai hot-temper aku ni. Baran tak bertempat. Tapi aku lupa. Aku lupa bahawa setiap kali aku buat perangai, ada hati yang terluka. Ada hati yang menangis. Namun, hati itu tetap sabar. Sabar dalam melayani kemarahan aku. Sabar dalam memenuhi semua permintaan aku..

Aku tahu hati itu menangis. Hati itu juga merasa sedih. Perpisahan yang bakal terjadi memungkinkan segalanya. Mungkin kami tak berjumpa lagi.. Mungkin kami menjadi asing selepas ini..




Maafkan aku kerana membuat hati itu terluka.. Maafkan aku kerana membuat hati itu menangis.. Andai ada ruang di hati itu, aku akan sedaya upaya membuatkan hati itu tersenyum sentiasa.. Apakah masih ada ruang di hati untukku? 




Hati.. Maafkan aku..





Demi baucar buku...

Assalamualaikum^.^

Holla guys!

sy da dpt.wink wink*.*

Hari Khamis lepas adalah hari yang sangat mengujakan. Haha. Ayat tak leh blah. Tapi macamana aku tak cakap camtu.. Nak ambil baucar buku je pun, tapi diorg punya excited.. Cam nak dapat duit je. Agaknya budak-budak kolej aku ni memang suka berasak-asak camni kot. Apapun, let's the picture tell the story lah!







So, harap korang dapat guna baucar ni dengan sebaik-baiknya. Aku pun masih lagi dok berkira-kira nak beli buku apa. Yang pastinya, anak sedara aku dah order buku dulu..-.-'

Adios!

Take care guys!:)

Friday, 30 December 2011

Sape nak Instant Dosa?

Assalamualaikum!*_*

Hi guys~

Satu petang di Tesco Nilai....

Adik aku : Kak, agak2 ko nak tak dosa segera?

Aku : Ko ni da kenapa? Tetiba tanya aku camtu.

Adik aku : Tuuuu... Tgk tu.

.
.
.
.

amende ni eik? tosei kot? haha


Muahaha. Macam da takde nama lain da nak letak kat paket makanan ni. First time aku jumpa paket makanan yang pelik nih. Barang siapa yang nak instant dosa, ni ha.. Try la. Tak yah susah-susah jadi derhaka ke, mengumpat ke, hape ke. Wakaka.

Adios!

Take care guys:)

Wednesday, 28 December 2011

2 a.m @ Downtown Cheras

Assalamualaikum!

Holla!!

Uishh.. Lamenye tak menjenguk khabar blog ni.. Sorry guys. Tiada kesempatan nak wat story sejak kebelakangan ni. Takde la busy sangat. Kadang-kadang bila dah taip berjela-jela, line internet lak menjadi punca aku tak dapat update blog naif ni. Keji tol. Tapi nak wat camane. Line kat kolej memang sangat laju lembab. Redha je la.-.-'

Semalam adik aku wat idea cantek pepagi buta. Disebabkan aku menunjukkan muka penuh kebosanan, dia pun gatal mulut ajak aku jjcm kat Downtown Cheras. Aku pun, macam orang mengantuk disorongkan bantal.. Follow je la idea bernas dia tu.

Gerak dalam pukul 1 pagi. Dia drive, aku bantai tido. Hehe. Sedar-sedar dah sampai. Tu diaaaa...parking penuh. Sampai kat tepi jalan nuu.. Ramai lagi orang kat sini pepagi buta camni.



dia pon nak interframe gak..ngeh3

So far, pe yang aku dapat gitau kat sini.. Barang-barang dijual dengan harga yang agak murah. Ada banyak gerai jual pakaian, gerai jual jam, gerai jual kasut dan macam-macam lagi. Sangat banyak gerai kat sini. Memang jenuh la nak bagi perabih semua gerai yang ada. Ada gak tempat karaoke, tapi berapa la sangat orang yang leh nyanyi dengan sempurna pepagi buta camni? Heh.


koleksi Smurfs yang sangat comeelll...ngeee!


Lepas dah lenguh + penat, kitorang lepak kat salah satu gerai makan kat sini. Ada banyak gak gerai makan kat sini. Ada yang jual yong tau fu, ayam goreng, gerai jual air dan macam-macam lagi. Yang pastinya, walaupun masa dah nak menjengah ke jam 3 pagi, masih ramai orang datang ke sini.. Samada nak mencuci mata (macam kitorang..ngeee~) or datang membeli belah.








yong tau fu yang sedap.nyum2!


air botol yang sukar didapati kat tempat lain.sedap gak!

Dekat kul 5 pagi baru sampai Nilai. Tak larat aku nak drive laju-laju. Keletihan punya pasal.  Apapun, jengah-jengah la ke Downtown Cheras ni. Pasti tak mengecewakan!:)

Adios!

Take care guys!

Monday, 28 November 2011

Kerna Sayang..

Assalamualaikum!T_T

Hi guys..

Tentu semua orang pernah merasai dunia percintaan kan.. Mesti korang pernah menyayangi seseorang dengan sepenuh jiwa.. Dan mesti korang pernah merasa terluka gak kan.. Sakit.. Sedih.. Time jadi camni, jangan la sape2 berani dekat or wat lawak yang tak berapa pandai.. Mula la kang keluar api dari mulut, telinga dan sebagainya.=.='





Actually.. bukan aku nak merapu. Kenyataan. Aku sendiri pun pernah jadi camtu. Bila bergaduh, lau leh tak nak jumpa sape2 dah. Nak duk diam2 je dalam bilik. Moody semacam je. Nangis. Makan pun x berapa selera ( konon la. padahal...melantak kemain!-.-')

Tu dulu la.Time2 remaja. Time sayang tak hengat. Bila dah menginjak dewasa ni, perangai dah berubah. Bila marah or merajuk, masing2 lebih suka take time. Tak mengaruk dah. Banyak muhasabahkan diri. Bila fikir balik perangai dulu2, macam orang bodoh pun ada. Tu aku la. Aku yang rasa camtu. Punya la aku melalak, meraung.. Dia wat tak tau je. Cam tak de perasaan je.. Ceit..

Tu la pengalaman. Kerana sayang, kita sanggup wat ape je kan. Kerana sayang, kita sanggup marah kawan2. Sanggup menyeksa diri. Macam yakin sangat tu la jodoh aku. Padahal.. Jodoh tu bukan kita punya hal. Tapi apa yang kita bagi dalam hubungan tu, dah lebih dari apa yang sepatutnya.. Bila dia dah tak de ngan kita, barulah perasaan menyesal tu menyelit dalam hati..

Apapun, jangan kerana sayang kita jadi buta. Buta mata, buta hati, buta perasaan, buta segala-galanya. Selagi tiada aQad yang terlafaz, selagi itu aku akan anggap perhubungan antara lelaki dan perempuan itu hanyalah sebuah persinggahan. Mungkin hubungan itu akan berkekalan, or mungkin hubungan itu terputus di tengah jalan buat kesekian kalinya. Who knows? :)

Adios!

Take care guys.

*enjoy this song!:)


Bicara Quran dan Hadis – Siapakah Bidadari Syurga?

Assalamualaikum!^.^


Bidadari syurga, makhluk yang sangat indah yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, yang layak untuk memasuki syurga. Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui.

Apabila melihat ke bumi, maka terlihatlah bidadari-bidadari akan isteri bagi suami mereka di dunia tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami, lalu bidadari syurga itu berkata, “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangimu, sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkanmu.” Di dalam Al-Quran dan hadith banyak sekali dijelaskan ataupun digambarkan tentang susuk bidadari yang bertempat di syurga dan bersedia melayani para ahli Jannah.

AL-QURAN

"Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah." (Al-Imran:15)

"Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya". (Ad-Dukhan:54)

"Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya." (Al-Waqi’ah:22)

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)." (Al-Waqi’ah:35-36)

"Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya." (Sad:52)

"Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan." (Ar-Rahman:56-58)

"Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya." (As-Saffat:48)

"Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya." (Ar Rahman:70)

"Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin." (Ar-Rahman:72-74)

HADITH

Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.” (H.R. Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh fikiran.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan?” (H.R. Thabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh penutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (H.R. Ath-Thabrani)

Ibnul Qayyim memberikan penjelasannya mengenai hal ini: “Mengenai rambut bidadari ada dua sifat kontradiktif yang membuat kecantikannya semakin nyata dan memikat. Pekatnya hitam rambut terpadu dengan putihnya wajah dan mata yang bersinar cemerlang. Sungguh kontras sekali, namun disitulah letak kecantikannya.” (Kitab Hadzil Arwah:316)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya bak rembulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, dimana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Penghuni syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang mulus itu.” (H.R. Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Dari Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seandainya bidadari meludah pada tujuh lautan, nescaya air laut akan tawar kerana keindahan dan kemanisan mulutnya, kerana bidadari terbuat dari za’faran.”

Dalam sebuah riwayat oleh Hafidz Abu Bakar Al-Ajri, dari Imran bin Hasyim dan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Mahligai-mahligai (istana) di syurga itu tercipta dari Lu’lu, dan pada tiap-tiap mahligai itu ada tujuh puluh kampung dari Yaqut yang merah dan pada tiap-tiap kampung ada tujuh puluh rumah daripada Zamrud yang hijau; dan tiap-tiap rumah ada tujuh puluh tempat tidur; dan tiap-tiap tempat tidur ada tujuh orang perempuan dari bidadari.”

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sungguh tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Dari Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seorang mukmin di syurga diberi kekuatan untuk menjimak isterinya sekian dan sekian.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah ia begitu kuat?” Baginda s.a.w bersabda, “Ia akan diberi kekuatan seratus orang laki-laki.” (H.R. Tirmidzi)

Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)

Riwayat Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari. Dikatakan kepadanya, namanya ‘Aina’, ia diciptakan dari empat unsur, iaitu misik, kafur, anbar dan za’faran. Semua bidadari-bidadari itu sangat merindukan suami-suami mereka. Andai sekali saja bidadari-bidadari itu meludah di dunia maka tawarlah lautan tersebut lantaran ludahnya. Tertulis pada tengkuknya, ‘Barangsiapa yang suka akan dirinya seperti aku, maka beramal dengan ketaatan kepada Tuhannya’.”

Riwayat Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya ketika Allah menciptakan syurga ‘Adn, Dia memanggil malaikat Jibril, berangkatlah engkau ke syurga ‘Adn dan lihatlah apa yang telah aku ciptakan untuk hamba-hambaKu dan wali-waliKu. Maka berangkatlah Jibril ke syurga ‘Adn dan mengelilingi syurga tersebut. Maka salah seorang bidadari dari penghuni istana-istana syurga yang masih perawan dan matanya bersinar-sinar memuliakannya, lalu bidadari itu tersenyum pada malaikat Jibril, maka menjadi teranglah syurga ‘Adn kerana gigi-giginya. Lalu malaikat Jibril bersujud, ia menyangka cahaya itu berasal dari Nur Tuhan Yang Maha Mulia. Maka bidadari itu memanggil malaikat Jibril, “Wahai makhluk yang dipercayai Allah s.w.t, tahukah engkau untuk siapa aku diciptakan?” ucap bidadari jelita itu. “Tidak,” jawab malaikat Jibril. “Sesungguhnya aku ini diciptakan oleh Allah s.w.t untuk orang yang memilih redha Allah s.w.t daripada menuruti hawa nafsunya,” ungkap bidadari itu.”

Di dalam kitab Daqoiqul Akbar Fii Dzikril Jannati Wan-Nar karya Imam Abdirrahim bin Ahmad Al-Qadhiy disebutkan: Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah s.w.t menciptakan wajah bidadari dari empat warna, iaitu putih, hijau, kuning, dan merah. ALLAH menciptakan tubuhnya dari minyak za’faran, misik, anbar dan kafur. Rambutnya dari sutera yang halus. Mulai dari jari-jari kakinya sampai ke lututnya dari za’faran dan wangian. Dari lutut sampai payudara dari misik. Dari payudara sampai lehernya dari Anbar dan dari leher sampai kepalanya terbuat dari kafur. Seandainya bidadari itu meludah sekali di dunia, maka jadilah semua air di dunia Kasturi. Di dadanya tertulis nama suaminya dan nama-nama Allah s.w.t. Pada setiap tangan dari kedua tangannya terdapat sepuluh gelang dari emas, sedangkan pada jari-jarinya terdapat sepuluh cincin, dan pada kedua kakinya terdapat sepuluh binggal (gelang kaki) dari Jauhar dan permata.”


Renung-renungkan dan selamat beramal..:)


Take care guys!




Thursday, 17 November 2011

Kembali berBlog.

Assalamualaikum!^.^

Whoaa!!

Lame sungguh x menjenguk blog naif ni. Maklum la, masuk semester baru. Busy memanjang. Ni pun banyak benda lagi tak settle. Saja menyinggah kat cc, menatap blog dan BW. 

Anyway, saja menaip entry ni. Nak bagitahu yang aku masih bernyawa untuk terus menaip. Huhu. Cuma idea tak mari lagi.-.-'. Takpe. Ada masa aku taip lagi. Cik Ieylla da memanggil2 ajak balik.

Jumpa lagi. Adios!




Wednesday, 5 October 2011

Di manakah nilai diri kita?

Assalamualaikum!=.='

Hi there!

Pheww. Bersawang suda blog ni. Busy sungguh aku masa cuti ni. Kerja tak menentu hala masa. Cuti pun tak ada. Nak sangat kerja sampai 2 kerja. Hamek aku. Huhu.

Bekerja sebagai pengasuh dan promoter memang agak mencabar untuk aku. Satu ketika aku melayan kerenah kanak-kanak. Satu ketika lagi aku melayan kerenah mak bapak kanak-kanak. Huhu. Leh dikatakan setiap hari aku bekerja. Nak cari rezeki punya pasal kan.

Banyak ragam dan kerenah yang aku dapat tengok sepanjang aku bekerja ni. Masa aku kerja sebagai promoter, macam-macam kerenah manusia yang aku jumpa. Seronok gak. Tapi ada gak yang tak seronoknya. Yang seronoknya, time ni la aku dapat tengok orang lelaki bershopping. Ops. Bukan shopping biasa-biasa tau. Shopping barang dapur. Siap bawa list lagi k. Tabik spring seh. Walaupun tak tau apa itu tepung custard.. tak tau apa itu minyak sapi.. Diorang telah berjaya menunjukkan daya usaha yang begitu tinggi untuk menawan hati sang isteri. Hebat,kan? *harap dapat suami terbaek camni.*_____*


*ihsan Mr.Google

Tapi yang tak bestnya.. Ada je yang suka menunjuk ego yang tinggi ala-ala Menara KLCC tu. Boring je. Ada 1 kes, di mana si cleaner sedang mengemop lantai yang basah dan ketika itu ada seorang pakcik ni datang dengan gaya eksen kat aku. Lalu bertanya..

Pakcik tua: Ada jual soda tak kat sini? Taknak aiskrim soda. Nak yang soda je.


Aku: Tak pasti la pakcik. Mungkin ada kat sana..(sambil tunjuk ke arah rak minuman)


Pakcik Tua: Kalau ada mesti saya da jumpa dulu. Sebab tak de kat situ la saya tanya awak.

Amboi. Eksen nye. Len kali jangan tanya aku la pakcik. Aku promoter Redbull je la. Annoying! Bek aku blah!

Tiba-tiba..

Pakcik Tua: Ini benda jangan suka-suka kena kat kaki orang tau! Bukan semua orang suka kaki dia kena mop. Hey! U faham ke tak ni!!? *dengan nada kuat macam nak bagi 1 supermarket dengar.


Cleaner: Sorry.. Sorry.. Saya tak sengaja..


Pakcik Tau: U lain kali tengok sikit bila buat kerja. Jangan suka hati je!

Mak aih? Terkena mop tepi kasut pun da mengamuk camtu?

Tapi tu la kan.. Perangai yang langsung tak mewakili rupa tuannya. Tinggi, segak. Tapi perangai? Huduh la pakcik. Tak rugi berbahasa. Tegur leklok. Kan sopan?

Hurm. Sabar je la kan. Makin tua seseorang tu, tak semestinya mencerminkan kematangan yang sesuai dengan usia. Kan?

Sampai di sini je. You guys take care.

Adios!

Wednesday, 21 September 2011

Apa itu hormon OKSITOSIN?

Assalamualaikum!*_*

Hi there!

Bersiaran dari Nilai, N9, rumah sahabat baik aku. Kat kolej ngah ada masalah air.. So, aku ngan Sara terpaksa la mencari alternatif lain untuk mendapatkan sumber air. Kang lau sehari tak mandi.... mau sawan masing-masing. Muahaha.

Hari ni aku nak share cket tentang inf0 yang aku dapat dari Majalah WANITA. Aku suka baca majalah ni. Banyak inf0-inf0 yang sangat berguna untuk aku dan pembaca yang lain. Banyak gak stok majalah kesayangan aku tu, sampai ada la yang pinjam tak pulang-pulang. Opps!-.-'

Hari ni nak cerita tentang hormon Oksitosin.


*ni rupanya 0ksitosin.

Oksitosin adalah hormon yang dikeluarkan oleh supraoptik nuclei di hypothalamus pada otak kita. Jumlah yang dikeluarkan ialah 2 IU (International unit) setiap hari. Jumlah yang dihasilkan oleh ibu yang menyusu anak dan bersalin boleh mencecah 5 hingga 10 IU. Oleh itu rata-rata ibu hamil dan menyusu anak bersikap lebih penyayang dan mesra.




Tugas-tugas Oksitosin

1. Meningkatkan keupayaan bersosial, ikatan kasih sayang dan kemesraan antara manusia. Menjadikan seseorang merasa mudah untuk didampingi. Para saintis mendapati dalam kes rawatan autisme dan skizofrenia di mana pesakitnya menjauhkan diri dari orang dan hanya menyendiri, sesuai untuk diberikan Oksitosin kerana ia meningkatkan daya bersosial.

2. Meningkatkan mood yang baik kerana menjadikan seseorang mudah tersenyum bila bertemu orang lain.

3. Mengurangkan rasa takut dan debaran bila bertemu orang lain.

4. Membuka diameter salur darah dan memberikan lebih oksigen kepada tisu.

5. Meningkatkan daya seks dan kasih sayang di kalangan pasangan.

6. Meningkatkan orgasma

7. Meningkatkan anabolik dengan meningkatkan IGF1 dan testosteron. Ia juga mengurangkan ACTH dan kortisol iaitu hormon yang meningkatkan lemak.

8. Ia meningkatkan kontraksi rahim dan memudahkan proses bersalin bagi wanita.

9. Memudahkan ibu menyusukan anaknya dengan meningkatkan keaktifan kelenjar susu.

10. Memberi perlindungan terhadap kaser payudara, ovari dan endometrium.

11. Bagi lelaki pula, Oksitosin penting bagi meningkatkan daya seksual. Lelaki yang mempunyai kadar Oksitosin rendah bukan sahaja anti sosial tapi mempunyai daya seks yang lemah.

Antara ciri-ciri fizikal kekurangan Oksitosin :

1. Tidak gemar berinteraksi dengan orang lain.

2. Tidak mahu berkahwin dan jika berkahwin dan jika berkahwin, perhubungan itu kurang membahagiakan dan ada yang membawa kepada penceraian.

3. Tidak mempunyai sahabat karib atau hanya beberapa sahabat lama sahaja. Enggan mencipta persahabatan baru.

4. Gemar bersendirian dan enggan mengambil tahu hal orang lain.

5. Tidak merasa perasaan romantik dalam hubungan cinta.

6. Wajah kepucatan.

7. Tidur terganggu

8. Paranoid, mengesyaki bahawa orang lain sentiasa berniat buruk.

Haa.. ada tak ciri-ciri yang terkena ngan korang? Huhu. Agaknya orang selalu moody and suka marah-marah tu kekurangan oksitosin kot? Apapun, jika ada tanda-tanda ni pada anda, jangan malu-malu untuk mencari jalan penyelesaian k. Bukan apa, everyone deserve to have a happy life. Right? Hidup hanya sekali. So, wat yang terbaek. No wonder la hormon ni selalu dipanggil sebagai Hormon Kasih sayang..:)

Sampai di sini je. You guys take care k.

Adios!

p/s: Credit to Dr. Rushmini Maris bt Ismail from Marissa Esthetic and Wanita Magazine.