Wednesday, 21 September 2011

Apa itu hormon OKSITOSIN?

Assalamualaikum!*_*

Hi there!

Bersiaran dari Nilai, N9, rumah sahabat baik aku. Kat kolej ngah ada masalah air.. So, aku ngan Sara terpaksa la mencari alternatif lain untuk mendapatkan sumber air. Kang lau sehari tak mandi.... mau sawan masing-masing. Muahaha.

Hari ni aku nak share cket tentang inf0 yang aku dapat dari Majalah WANITA. Aku suka baca majalah ni. Banyak inf0-inf0 yang sangat berguna untuk aku dan pembaca yang lain. Banyak gak stok majalah kesayangan aku tu, sampai ada la yang pinjam tak pulang-pulang. Opps!-.-'

Hari ni nak cerita tentang hormon Oksitosin.


*ni rupanya 0ksitosin.

Oksitosin adalah hormon yang dikeluarkan oleh supraoptik nuclei di hypothalamus pada otak kita. Jumlah yang dikeluarkan ialah 2 IU (International unit) setiap hari. Jumlah yang dihasilkan oleh ibu yang menyusu anak dan bersalin boleh mencecah 5 hingga 10 IU. Oleh itu rata-rata ibu hamil dan menyusu anak bersikap lebih penyayang dan mesra.




Tugas-tugas Oksitosin

1. Meningkatkan keupayaan bersosial, ikatan kasih sayang dan kemesraan antara manusia. Menjadikan seseorang merasa mudah untuk didampingi. Para saintis mendapati dalam kes rawatan autisme dan skizofrenia di mana pesakitnya menjauhkan diri dari orang dan hanya menyendiri, sesuai untuk diberikan Oksitosin kerana ia meningkatkan daya bersosial.

2. Meningkatkan mood yang baik kerana menjadikan seseorang mudah tersenyum bila bertemu orang lain.

3. Mengurangkan rasa takut dan debaran bila bertemu orang lain.

4. Membuka diameter salur darah dan memberikan lebih oksigen kepada tisu.

5. Meningkatkan daya seks dan kasih sayang di kalangan pasangan.

6. Meningkatkan orgasma

7. Meningkatkan anabolik dengan meningkatkan IGF1 dan testosteron. Ia juga mengurangkan ACTH dan kortisol iaitu hormon yang meningkatkan lemak.

8. Ia meningkatkan kontraksi rahim dan memudahkan proses bersalin bagi wanita.

9. Memudahkan ibu menyusukan anaknya dengan meningkatkan keaktifan kelenjar susu.

10. Memberi perlindungan terhadap kaser payudara, ovari dan endometrium.

11. Bagi lelaki pula, Oksitosin penting bagi meningkatkan daya seksual. Lelaki yang mempunyai kadar Oksitosin rendah bukan sahaja anti sosial tapi mempunyai daya seks yang lemah.

Antara ciri-ciri fizikal kekurangan Oksitosin :

1. Tidak gemar berinteraksi dengan orang lain.

2. Tidak mahu berkahwin dan jika berkahwin dan jika berkahwin, perhubungan itu kurang membahagiakan dan ada yang membawa kepada penceraian.

3. Tidak mempunyai sahabat karib atau hanya beberapa sahabat lama sahaja. Enggan mencipta persahabatan baru.

4. Gemar bersendirian dan enggan mengambil tahu hal orang lain.

5. Tidak merasa perasaan romantik dalam hubungan cinta.

6. Wajah kepucatan.

7. Tidur terganggu

8. Paranoid, mengesyaki bahawa orang lain sentiasa berniat buruk.

Haa.. ada tak ciri-ciri yang terkena ngan korang? Huhu. Agaknya orang selalu moody and suka marah-marah tu kekurangan oksitosin kot? Apapun, jika ada tanda-tanda ni pada anda, jangan malu-malu untuk mencari jalan penyelesaian k. Bukan apa, everyone deserve to have a happy life. Right? Hidup hanya sekali. So, wat yang terbaek. No wonder la hormon ni selalu dipanggil sebagai Hormon Kasih sayang..:)

Sampai di sini je. You guys take care k.

Adios!

p/s: Credit to Dr. Rushmini Maris bt Ismail from Marissa Esthetic and Wanita Magazine.

2 comments:

  1. ooo info berguna tentang hormon ni.. akak masukkan dalam segmen ni tentang entri ni,.. jom baca?
    http://ezaiza.blogspot.com/2011/10/lima-isu-entri-best-hari-ini.html

    ReplyDelete
  2. singgah baca, take noted..Tq gud info.

    ReplyDelete