Friday, 9 September 2011

Hantu Bonceng best!

Assalamualaikum!^_^

Hi there!




Waahh.. Sempat lagi menggedik tengok wayang.. Muahaha. Best filem nih. Banyak pengajaran. I like!




Aku g ngan Sara masa aku baru sampai dari Johor pas beraya sakan kat sana. Kitorang tak plan pon.. Actually aku yang suggest kat Sara bila aku terr..nampak poster filem ni kat Terminal 1 masa aku tunggu Sara amek aku kat terminal tuh. Hasilnya.... Aku ngan Sara bergelak sakan dalam panggung wayang tuh yang hampir penuh tu. Best!!


Meh nak story sikit  pasal filem yang dah mencecah RM 5 juta nih.. Datuk Siti pon tengok tau filem nih! Muahaha.. Terbaek la!




Filem ni mengisahkan tentang Amran (Zizan), seorang budak penghantar pizza yang sangat gemar berlumba Drag secara haram. One day, selepas memenangi satu perlumbaan, Amran telah dihadiahkan seorang bohsia seperti selalunya. Maya (Juliana Evans) sebenarnya seorang budak kampung yang baru tiba di KL tetapi telah ditipu oleh satu sindiket yang dijalankan oleh adik kembarnya, Ayu dan rakannnya. Malangnya, mereka kemalangan sebaik sahaja keluar dari kawasan tempat Amran berlumba. Amran sempat melompat dari motosikal, meninggalkan Maya di atas motor dan dilanggar oleh sebuah lori. Maya mati di tempat kejadian dan mayatnya tidak dituntut oleh ahli keluarganya.




Sejak kejadian itu, pelbagai kejadian berlaku dan Amran sentiasa diganggu oleh roh Maya yang meminta pertolongan supaya mayatnya disemadikan. Tidak tahan dengan gangguan itu, Amran meminta bantuan rakannya, Kunyit (Taiyuddin) dan mengambil keputusan untuk meminta pertolongan daripada seorang bomoh, lakonan Eizlan Yusuf, kononnya untuk membuang badi. Amran juga pergi menemui seorang ustaz, lakonan Cat untuk meminta bantuan menyelesaikan dilema yang dihadapinya.


*tok bomoh handsome. Ngeh3.

Kejadian itu juga merenggangkan hubungannya dengan kekasihnya, Halimaton (Jue Aziz) iaitu seorang jururawat. Halimaton pada mulanya enggan membantu Amran untuk mendapatkan maklumat tentang Maya tetapi setelah melihat perubahan positif Amran, dia bersetuju untuk membantu Amran menjejaki waris Maya.



Akhirnya dengan bantuan Halimaton, Amran berjaya menyelesaikan masalahnya. Waris Maya, iaitu Ayu adalah kembarnya yang kononnya tidak mengetahui kematian kakaknya, telah berjaya membuatkan Amran merasa serba salah dengan kematian Maya. Amran menawarkan diri untuk membantu Ayu mendapatkan kerja di Kuala Lumpur dan menumpangkan Ayu di rumah bujangnya bersama Kunyit. Sejak kehadiran Ayu, Amran mula renggang dengan Halimaton. Kunyit menegur Amran, tetapi tidak dipedulikan oleh Amran seolah-olah amran begitu khayal bersama Ayu.

Rupa-rupanya, tanpa disedari Amran telah termakan nasi kangkang yang disediakan oleh Ayu yang ingin membalas dendam ke atas Amran kerana telah menggagalkan rancangannya untuk mempergunakan arwah kakaknya, Maya. Halimaton dan rakan-rakan Amran yang lain berusaha untuk memulihkan Amran dan melaporkan kepada pihak polis tentang kegiatan Ayu dan abang Halimaton sendiri lakonan Salehuddin Abu Bakar, yang disyaki terlibat dalam kegiatan menjual perempuan dan dadah.

*Moral of the story: Jangan merempit kerana itu bakal menjadi punca permasalahan.



Adios!

No comments:

Post a Comment