Wednesday, 21 September 2011

Apa itu hormon OKSITOSIN?

Assalamualaikum!*_*

Hi there!

Bersiaran dari Nilai, N9, rumah sahabat baik aku. Kat kolej ngah ada masalah air.. So, aku ngan Sara terpaksa la mencari alternatif lain untuk mendapatkan sumber air. Kang lau sehari tak mandi.... mau sawan masing-masing. Muahaha.

Hari ni aku nak share cket tentang inf0 yang aku dapat dari Majalah WANITA. Aku suka baca majalah ni. Banyak inf0-inf0 yang sangat berguna untuk aku dan pembaca yang lain. Banyak gak stok majalah kesayangan aku tu, sampai ada la yang pinjam tak pulang-pulang. Opps!-.-'

Hari ni nak cerita tentang hormon Oksitosin.


*ni rupanya 0ksitosin.

Oksitosin adalah hormon yang dikeluarkan oleh supraoptik nuclei di hypothalamus pada otak kita. Jumlah yang dikeluarkan ialah 2 IU (International unit) setiap hari. Jumlah yang dihasilkan oleh ibu yang menyusu anak dan bersalin boleh mencecah 5 hingga 10 IU. Oleh itu rata-rata ibu hamil dan menyusu anak bersikap lebih penyayang dan mesra.




Tugas-tugas Oksitosin

1. Meningkatkan keupayaan bersosial, ikatan kasih sayang dan kemesraan antara manusia. Menjadikan seseorang merasa mudah untuk didampingi. Para saintis mendapati dalam kes rawatan autisme dan skizofrenia di mana pesakitnya menjauhkan diri dari orang dan hanya menyendiri, sesuai untuk diberikan Oksitosin kerana ia meningkatkan daya bersosial.

2. Meningkatkan mood yang baik kerana menjadikan seseorang mudah tersenyum bila bertemu orang lain.

3. Mengurangkan rasa takut dan debaran bila bertemu orang lain.

4. Membuka diameter salur darah dan memberikan lebih oksigen kepada tisu.

5. Meningkatkan daya seks dan kasih sayang di kalangan pasangan.

6. Meningkatkan orgasma

7. Meningkatkan anabolik dengan meningkatkan IGF1 dan testosteron. Ia juga mengurangkan ACTH dan kortisol iaitu hormon yang meningkatkan lemak.

8. Ia meningkatkan kontraksi rahim dan memudahkan proses bersalin bagi wanita.

9. Memudahkan ibu menyusukan anaknya dengan meningkatkan keaktifan kelenjar susu.

10. Memberi perlindungan terhadap kaser payudara, ovari dan endometrium.

11. Bagi lelaki pula, Oksitosin penting bagi meningkatkan daya seksual. Lelaki yang mempunyai kadar Oksitosin rendah bukan sahaja anti sosial tapi mempunyai daya seks yang lemah.

Antara ciri-ciri fizikal kekurangan Oksitosin :

1. Tidak gemar berinteraksi dengan orang lain.

2. Tidak mahu berkahwin dan jika berkahwin dan jika berkahwin, perhubungan itu kurang membahagiakan dan ada yang membawa kepada penceraian.

3. Tidak mempunyai sahabat karib atau hanya beberapa sahabat lama sahaja. Enggan mencipta persahabatan baru.

4. Gemar bersendirian dan enggan mengambil tahu hal orang lain.

5. Tidak merasa perasaan romantik dalam hubungan cinta.

6. Wajah kepucatan.

7. Tidur terganggu

8. Paranoid, mengesyaki bahawa orang lain sentiasa berniat buruk.

Haa.. ada tak ciri-ciri yang terkena ngan korang? Huhu. Agaknya orang selalu moody and suka marah-marah tu kekurangan oksitosin kot? Apapun, jika ada tanda-tanda ni pada anda, jangan malu-malu untuk mencari jalan penyelesaian k. Bukan apa, everyone deserve to have a happy life. Right? Hidup hanya sekali. So, wat yang terbaek. No wonder la hormon ni selalu dipanggil sebagai Hormon Kasih sayang..:)

Sampai di sini je. You guys take care k.

Adios!

p/s: Credit to Dr. Rushmini Maris bt Ismail from Marissa Esthetic and Wanita Magazine.

Tuesday, 20 September 2011

Speechless.-.-'

Assalamualaikum!

Flashback.

Him: U.. Boring la bebual camni. Kita kawen nak? Wet I pon da cukup ni..

Me: Ha? U.. Jangan maen2 leh tak? Tak suke la.

Him: La.. serius ni. Tak maen2 la.

Me: .................-.-'..................



Adios!

Monday, 19 September 2011

Part time. Weekend only.

Assalamualaikum!^.^

Amboi.. Bersawang dah blog aku nih.=.=' Lamanya terbengkalai. Al-maklumlah.. Sekarang ngah musim exam kan. Terpaksa la tinggalkan kejap blog tersayang nih. Anyway.. Dalam sibuk-sibuk study, sempat je aku menerobos masuk ke Billion PKNS, Bandar Baru Bangi. Huhu. Aku jadi promoter for weekend kat situ untuk brand RedBull. Tapi untuk minggu ni je la. Aku replace adik aku je sebab dia pergi cuti-cuti Malaysia kat utara Semenanjung. Minggu depan dia amek balik position dia kat situ. *patut ke dia tinggal akak dia kat sini? ish. tak patut.. tak patut.


*RedBull

Company Redbull wat promotion beli 2 minuman dalam tin 0r minuman dalam bottle dapat join lucky draw. Kacang je. Memang guarantee dapat hadiah punye. Huhu. Ada pen, lanyard and macam-macam ag. Tapi.. uihh.. Letih gile! Berdiri la aku kat depan peti sejuk tu cam tunggul. eh. Tak. Cam tugu je. Sampai sakit la kaki aku nih. Tapi takpe. Nak cari rezeki punya pasal, susah cket pon ape ada hal. Kan?


*ni aku punya tag.huhu


*hadiah untuk lucky draw

Nasib la aku memang ada pengalaman kerja ngan pasaraya dulu, so takde la cam rusa masuk bandar kampung je perangai aku nih. Kat sini, macam-macam gelagat manusia aku dapat tengok. Yang paling best, aku dapat tengok Ekin bini Mawi tu live lagi dalam Billion tuh. Huhu. Excited je tengok dia. Cantik. Orang ngah mengandung la katakan. Berseri-seri muka dia. Tapi tak sempat nak snap pictures la sebab ngah serve customer masa tu. Selamba je dia pakai t-shirt besar tapi still nampak la perot dia yang da membesar tu. Aku tak la teruja sangat sampai sanggup merempuh onak ranjau bagai di depan mata, semata-mata nak salam ngan dia. Nope. Tak akan. Tapi aku memang suka tengok dia ngan Mawi, walau apa pon orang sibuk nak cakap. Huhu. Suke aku la. /:)

Anyway, aku da lepas 2 paper for my final exam for this semester. Alhamdulillah, aku dapat jawab ngan sehabis baek. Wish Ms. Whatever sekalian pon dapat wat yang terbaek gak! Tinggal 3 paper je lagi. Berduyun-duyun Berderet-deret lak tu paper aku untuk minggu depan. Terpaksa gak aku ngadap buku-buku tu dalam usaha aku untuk menaikkan pointer aku untuk semester ni. Dan sekali lagi, terpaksa aku abaikan blog kesayangan ramai aku nih untuk 1 jangkamasa yang tidak aku ketahui. Huhu. Poyo je. Ngeh2.

Ok. Doakan aku ye kawan-kawan.:)

Adios!





Thursday, 15 September 2011

Super Senior?

Assalamualaikum!^.^


Aku: Ko start sem baru bile weyh?

Dia: 12hb ni.. Nape?

Aku: Saje tanya. Ko relax je.. Kerja pun ko tak resign lagi.. Ko sem 7 kan?

Dia: A'ah.. Pergh. Tak sangka aku da jadi Super Senior skang.. Wakaka!!

Aku: (blurr) ... Super Senior???... Apekah?? -.-'


* Aku ingat ada Super Junior je.. Rupanya Super Senior pun ado? Ngeh3.


Adios!

Sunday, 11 September 2011

Stress.

Assalamualaikum!

Hi there!

Seronok menyerabutkan diri di hadapan laptop, tak sedar da maghrib. Hah?! Maghrib? OMGucci!! Satu hape pon tak study lagi. Arggghhhh!!!

Dah. Back to the topic.

Aku ngah stress mengadap buku-buku yang berterbangan berterabur di hadapan aku nih. Kehilangan punca aku dibuatnya bila tengok nombor sebanyak-banyak tidak nih. Naseb baek Sara da balik. Leh bual-bual jap. Rasa sangat tertekan bila aku rasa masa seakan mencemburui hubungan terlarang suci aku ngan buku nih. Namun, apakah daya aku. Aku hanya mampu diam tanpa berkata apa-apa. Eh? What da fish? Merapu da ni?



Dah. Sebelum aku sewel, baek aku stop. Kang ntah pape lagi mengarut yang aku taip.

Doakan aku kawan-kawan. Semoga aku tak hilang punca dalam dewan exam tu nanti. Orang kata, exam hall kat sini cam ada badi je. Tiap kali masuk situ, apa yang aku hafal ilang begitu saja. Apekah?

Ok. Wish u all da best, Ms.Whatever sekalian. Chaiyok2!

Najjah fil imtihan.. Jihad lillah wainnallahama'ana..

Adios!



Saturday, 10 September 2011

Tabik springggg..!!

Assalamualaikum!!^.^

Hi there!

Waahh.. Meriah laman twitter hari ni. Skuad Riuh Raya Era nak cipta rekod Malaysia. Rekod apa? Haa.. Dah tentu la rekod pergi beraya paling banyak tempat dalam 1 hari. Pembetulan. Dalam masa 48 jam. Gila ah. Dari Johor ke Penang. 9 lokasi diorang pergi dalam masa 1 hari.

Johor-Melaka-Negeri Sembilan-Putrajaya-Selangor-Perak-Perlis-Kedah-Penang.


Pergh! Terbaek ar. Diorang start gerak kul 8 pagi tadi. Dasat-dasat. Ada Pak Nil. Dina Nadzir. Ramai lagi. Diorang siap ada escort oleh abang-abang polis. Aku takde la di lokasi-lokasi diorang tapi aku ikut perkembangan diorang melalui Twitter je. Esok diorang ke Pantai Timur lak. Hope berjaya diorang cipta sejarah. All da best Era!

p/s: Doakan mereka k!

Adios!

Aku Nak Promosi Blog di UmarFaruq.Com!

Assalamualaikum!^.^

UmarFaruq.Com ajak promosi blog. Jom join!



Adios!

Friday, 9 September 2011

Harga sebuah kebahagiaan..:)

Assalamualaikum!^_^

BW sana sini.. Terjumpa satu entri yang cukup menarik yang bakal membuat orang lelaki ternganga.. Ngeh3.

Ni aku copy paste dari blog Encik Fazwan. 

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000

Aiyook I tgk pon ngeri.. To guys out there pls take note.. haha



(sekadar hiasan)


"Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”


Bunyi macam senang kan?


Nah, ini erti yg sebenarnya:


“Aku tanggung dosa-dosa si dia drpd ibu bapanya, apa2 saja dosa yg dia buat, drpd dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku.”


MasyaAllah.. begitu mahal harga sebuah kebahagiaan dan harga pengambil alihan takhta pemikul dosa.. 

aku hanya copy & paste sahaje.. tiada sebarang pengubahsuaian.. samada penyataan tersebut benar atau tidak, Wallahhualam.. 

Renung-renungkan dan selamat beramal...:)

Adios!

Segmen: Jom Tukar Link Dengan C'Ayob

Assalamualaikum!^_^

Segmen lagi! Jom join.



Adios!

Layout baru.

Assalamualaikum!^_^

Yee.... Sudah-sudahla beraya bff sekalian.. Exam weeks bakal menyusul minggu depan. Adoyai! Satu pon tak baca lagi. Tak aci tol tau kolej ni.. Orang laen leh beraya sakan. Kitorang lak kena berhempas pulas memerah keringat otak dan idea untuk final exam. Argh!

Subjek pertama yang bakal memecahkan panggung kepala otak ialah.... INVESTMENT. Yeaa.... Study sendiri k. coz madam tersayang da bersalin gamaknya. So.. pandai-pandai kita la ye.. Huwaaaa!!


*baru wat nota.

Doakan aku.

Adios! 




Hantu Bonceng best!

Assalamualaikum!^_^

Hi there!




Waahh.. Sempat lagi menggedik tengok wayang.. Muahaha. Best filem nih. Banyak pengajaran. I like!




Aku g ngan Sara masa aku baru sampai dari Johor pas beraya sakan kat sana. Kitorang tak plan pon.. Actually aku yang suggest kat Sara bila aku terr..nampak poster filem ni kat Terminal 1 masa aku tunggu Sara amek aku kat terminal tuh. Hasilnya.... Aku ngan Sara bergelak sakan dalam panggung wayang tuh yang hampir penuh tu. Best!!


Meh nak story sikit  pasal filem yang dah mencecah RM 5 juta nih.. Datuk Siti pon tengok tau filem nih! Muahaha.. Terbaek la!




Filem ni mengisahkan tentang Amran (Zizan), seorang budak penghantar pizza yang sangat gemar berlumba Drag secara haram. One day, selepas memenangi satu perlumbaan, Amran telah dihadiahkan seorang bohsia seperti selalunya. Maya (Juliana Evans) sebenarnya seorang budak kampung yang baru tiba di KL tetapi telah ditipu oleh satu sindiket yang dijalankan oleh adik kembarnya, Ayu dan rakannnya. Malangnya, mereka kemalangan sebaik sahaja keluar dari kawasan tempat Amran berlumba. Amran sempat melompat dari motosikal, meninggalkan Maya di atas motor dan dilanggar oleh sebuah lori. Maya mati di tempat kejadian dan mayatnya tidak dituntut oleh ahli keluarganya.




Sejak kejadian itu, pelbagai kejadian berlaku dan Amran sentiasa diganggu oleh roh Maya yang meminta pertolongan supaya mayatnya disemadikan. Tidak tahan dengan gangguan itu, Amran meminta bantuan rakannya, Kunyit (Taiyuddin) dan mengambil keputusan untuk meminta pertolongan daripada seorang bomoh, lakonan Eizlan Yusuf, kononnya untuk membuang badi. Amran juga pergi menemui seorang ustaz, lakonan Cat untuk meminta bantuan menyelesaikan dilema yang dihadapinya.


*tok bomoh handsome. Ngeh3.

Kejadian itu juga merenggangkan hubungannya dengan kekasihnya, Halimaton (Jue Aziz) iaitu seorang jururawat. Halimaton pada mulanya enggan membantu Amran untuk mendapatkan maklumat tentang Maya tetapi setelah melihat perubahan positif Amran, dia bersetuju untuk membantu Amran menjejaki waris Maya.



Akhirnya dengan bantuan Halimaton, Amran berjaya menyelesaikan masalahnya. Waris Maya, iaitu Ayu adalah kembarnya yang kononnya tidak mengetahui kematian kakaknya, telah berjaya membuatkan Amran merasa serba salah dengan kematian Maya. Amran menawarkan diri untuk membantu Ayu mendapatkan kerja di Kuala Lumpur dan menumpangkan Ayu di rumah bujangnya bersama Kunyit. Sejak kehadiran Ayu, Amran mula renggang dengan Halimaton. Kunyit menegur Amran, tetapi tidak dipedulikan oleh Amran seolah-olah amran begitu khayal bersama Ayu.

Rupa-rupanya, tanpa disedari Amran telah termakan nasi kangkang yang disediakan oleh Ayu yang ingin membalas dendam ke atas Amran kerana telah menggagalkan rancangannya untuk mempergunakan arwah kakaknya, Maya. Halimaton dan rakan-rakan Amran yang lain berusaha untuk memulihkan Amran dan melaporkan kepada pihak polis tentang kegiatan Ayu dan abang Halimaton sendiri lakonan Salehuddin Abu Bakar, yang disyaki terlibat dalam kegiatan menjual perempuan dan dadah.

*Moral of the story: Jangan merempit kerana itu bakal menjadi punca permasalahan.



Adios!

Selamat Hari Raya!!

Assalamualaikum!^_^

Salam Aidilfitri!!

Masih tak terlambat rasanya nak wish n mintak ampun segala,kan? Huhu. Rasa dah bersemak samun da blog usang ni.. Almaklumla.. raya kan.. Tak ingat da blog ke.. hape ke.. huhu.. Bz bebenor gamaknye.. Muahahaha.. Da balik kolej ni baru la ada kesempatan nak BW n mengarang cerita hangat. Pheww.. banyak entri menarik kan sempena raya ni.. Aku pun ada gak.. Nanti kita kongsi sesama ye..

Sempena bulan mulia nan indah ni.. Aku nak minta maaf kat semuuaaaa kengkawan.. Especially kat roomate n bff aku yang 6 orang tuh.. Minta ampun la ye.. aku ni kasar sangat ngan korang.. sobsobb.. Mulut ni kadang-kadang cam takde insurans je.. Sorry ea.. Untuk readers sekalian.. Maaf la lau ada entri yang tak berkenan di hati.. Aku hanya insan biasa*ececeh*.. Sorry ea..



Adios!