Sunday 2 June 2013

Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27

Assalamulaikum.. O.o

Holla!

Hari ini aku nak cerita pasal temuduga PPT N27 yang aku pergi pada 7hb Mei. Lambat sikit update entri sebab sibuk kerja. Tambah lagi kitorang kena pindah ke pejabat baru. Lagi la sibuk nak siapkan semuanya. -.-'

Ok. Tak payah nak mengomel panjang-panjang meleret-leret. Short and sharp. Tak banyak pun soalannya. Mungkin disebabkan masa tak mengizinkan penemuduga tanya banyak-banyak soalan sebab masa dah pun menjejak ke pukul 6 petang.

Antara soalan yang disoal adalah:

1. Kenapa mohon jawatan ini?

2. Kenapa nak fight juga untuk jawatan ni walaupun awak dah ada kerja tetap? *dia tanya soalan ni memandangkan aku dah kerja dengan syarikat swasta

3. Nyatakan tugas-tugas PPT N27. *dapat jawab sebab dah hafal.

4. Memandangkan kerajaan sekarang pun dah maju dengan teknologi maklumat, nyatakan salah satu perkhidmatan kerajaan yang boleh digunakan secara atas talian (online). *erkk?

5. Apa itu tender sebutharga? Apakah nama perkhidmatan atas talian yang digunakan untuk memudahkan urusan tender sebutharga kerajaan? *yang ni jawapannya e-perolehan. Langsung tak terfikir dapat soalan camni. -_______________________-'

6. Nyatakan apa tugas-tugas untuk kerja anda sekarang.

Penemuduga banyak buat provocation untuk tengok pendirian kita masa temuduga tu. Masa diorang tanya kenapa aku tetap nak fight juga untuk jawatan ni sedangkan aku dah ada kerja tetap. Lebih baik diorang bagi kerja ni pada orang yang masih belum ada kerja, ada adik beradik ramai dan sebagainya. Aku jawab, aku ada tanggungan dan komitmen. Komitmen untuk bayar balik pinjaman PTPTN. Jadi aku kena ada kerja yang menjamin aku dapat bayar balik pinjaman tu. Pastu, diorang pun cakap.. 'PTPTN  kan nak dimansuhkan. Tak payah la fikir nak bayar balik.' Pastu aku tengok diorang senyum. Terdiam gak aku. Kena la jawab ikut rasional. Alhamdulillah.. Aku tengok muka diorang macam puashati dengan jwapan aku. ^_^

Setiap penemuduga bertanya soalan yang lain. So, korang kena la alert dengan isu semasa. Ada yang kena tanya tentang bendera Malaysia, isu semasa sekarang dan lain-lain. Setakat yang temuduga sama dengan aku  masa tu, tak ada pula yang kena tanya pasal visi, misi atau objektif jabatan. Jadinya, lebih baik korang tumpukan pada hal yang penting je. Tapi baca la juga, mana la tahu kan..

Ok.Rasanya itu je yang dapat aku kongsikan. Kalau ada pembaca yang ada pengalaman temuduga macam aku, letak je kat ruangan komen ye. :)

Semoga berjaya kepada semua yang bakal menghadiri temuduga. Jangan takut. Kalau dah rezeki, tak kemana kan. Yang penting, usaha. Yang selebihnya, berserah pada Yang Esa. InsyaAllah.. (n_n)

Adios!