Thursday 3 October 2013

A thankful entry.

Assalamualaikum ^__^

Hi uolls!

How are u guys? Lame tak update. I'm so busy lately. Anyway, majlis konvokesyen yang ditunggu-tunggu dah pun tiba. Alhamdulillah. Selesai sudah semuanya. And I'm a graduate now! Yeay!

 *bonda terchenta :)


Actually, in my family.. I'm the only one yang ada diploma. Memang aku target sebelum umo 30, aku mesti ada diploma (sekurang-kurangnya) and sebelum umo 35 aku target mesti ada degree. So, mission accomplished! Sebab tu aku over-reacted sikit. Haha. Happy bila mak abah senyum bangga bila tengok aku pakai jubah konvo. Tapi aku tak sempat nak bergambar 1 family sebab abang aku nak balik awal. Disebabkan aku dah takde cuti lagi, aku bagi kat Intan jubah tu untuk dia pulangkan pada KUIS. Sedeh!

Bila da kat dalam dewan sementara menunggu giliran, dalam pale otak aku da terbayang segala pengalaman yang aku tempuh sepanjang 3 tahun aku di KUIS. Memang semua pengalaman itu berharga. Kalau tak kerana desakan seseorang, aku tetap menjadi seorang insan yang banyak berdalih dan sentiasa memberi alasan untuk tidak menyambung pelajaran. Niat memang ada, cuma aku takut nak buat semua ni. Mujur dia sokong aku ketat-ketat keputusan aku untuk sambung belajar ni.. :)

Bermula dari kekecewaan dalam hidup.. Aku mula mengambil langkah drastik untuk mendaftar di KUIS secara online. Alhamdulillah. ALLAH permudahkan segalanya. Dalam masa 2 minggu, pihak KUIS menghantar surat tawaran dan aku memang tak berfikir panjang untuk bersetuju. Mak abah suruh aku fikir masak-masak memandangkan umo aku agak dewasa ketika itu. Tapi aku rasa tak de ape dah aku nak fikir. Aku kena keluar dari kepompong kegagalan hidup aku.

So, di KUIS lah bermula segala kehidupan baru aku. Aku tinggalkan kehidupan lama aku untuk menjadi seorang yang baru. Bukan senang. Semuanya aku buat kerana kekerasan hati aku dan dorongan seseorang. Dan akhirnya.. Inilah aku. Aku yang sekarang, bukan yang dulu.. 

Dan..Untuk entri kali ini.. Aku nak berterima kasih pada dia.. Yang sangat banyak mendorong, menasihat, menarik aku balik bila aku tersasar, menjaga dan melakukan segala-galanya untuk aku. Dia yang aku maksudkan, bukanlah boyfriend aku.. Jauh sekali kalau dikatakan suami aku. Dialah seorang sahabat yang sangat baik.. Mungkin ALLAH hadirkan dia untuk menyedarkan aku yang ketika itu terumbang ambing dalam hidup. Dialah yang bernama MOHD OTHMAN b. SAPIIN..


*kene letak gambo b2.. kang jadi fitnah. ^_^

Kalau dia ada terbaca blog aku ni.. Aku nak ucapkan berbanyak-banyak-banyak-banyak-baaaaanyak terima kasih kerana selalu percaya pada apa yang aku nak buat. Terima kasih kerana bagi dorongan, semangat dan selalu ada dengan aku masa susah dan senang.

Kita bukan saja sahabat, tapi kita da macam keluarga. Mak kau, mak aku. Mak aku, mak kau. Dan sampai bila-bila pun macam tu. Aku doakan kau bahagia dan berjaya, dunia dan akhirat, bersama isteri tersayang dan keluarga tercinta.Andai ada kesempatan dan peluang, aku nak kita berkumpul semula macam dulu-dulu. Kau, wife kau dan aku. InsyaALLAH.


Till we meet again in the next entry.


Take care guys!

*next entry baru post gambar-gambar konvo sampai lebam! Ngee~~