Thursday 15 March 2012

Sindrom 'Carpal Tunnel'.

Assalamualaikum!^_^

Holla!

Dah lama rasanya tak taip entri pasal kesihatan. Kali ni aku nak story pasal Sindrom 'Carpal Tunnel'. Check it out.









Sindrom Carpal Tunnel ini adalah satu penyakit yang boleh meyerang sesiapa saja. Sindrom ini terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit. Ini disebabkan oleh terowong yang berada pada bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.


Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan. Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan. Simptom sindrom ini bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.


Antara simptom yang biasanya terjadi adalah :

1. Kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur (yang ni selalu jadi kat aku). Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan rasa kebas tersebut.




2. Kesakitan yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke telapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

3. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang terjatuh.

Apakah punca tekanannya?

Punca tekanan pada saraf median ini tidak dapat dipastikan dengan tepat, tetapi ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor :


  • Penyakit lain yang melibatkan gangguan hormon seperti diabetes, gangguan tiroid dan menopaus  atau keadaan yang menyebabkan takungan cecair badan seperti wanita hamil dan amyloid.
  • Penggunaan tangan secara berulang-ulang secara berpanjangan atau kecederaan pada bahagiaan pergelangan tangan.

Faktor lain :

  • Jantina : Wanita mengalami 3 kali lebih risiko daripada lelaki. Kebanyakannya berlaku selepas menopaus.
  • Keturunan 
  • Keadaan kesihatan tertentu : Tiroid, obesiti, diabetes, wanita hamil. Sindrom ini yang berlaku pada wanita hamil biasanya akan hilang selepas bersalin.
  • Perokok.
Diagnosis :

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, doktor akan mencadangkan untuk melakukan beberapa ujian seperti :

  • ELEKTROMYGRAM : Untuk menentukan bahawa kerosakan otot pada bahagian tangan sudah berlaku atau tidak.
  • NERVE CONDUCTION STUDY : Untuk melihat samada impuls elektrik saraf menjadi perlahan atau tidak.
Rawatan :

Pesakit yang mengalami simptom yang teruk boleh mengurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat cold packs (ais) untuk mengurangkan bengkak pada tangan. Terdapat juga kaedah rawatan lain yang melibatkan pembedahan atau tanpa bedah (non-surgical).

  • WRIST SPLINTING - Splinting (anduh) yang mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam.
  • NON-STEROIDAL ANTI-INLAMMATORY DRUG (N S A I D S) - Menggunakan ubat mengurangkan bengkak untuk mengurangkan rasa sakit.
  • STEROID - Suntikan ubat jenis ini ke dalam bahagian Carpal Tunnel boleh mengurangkan kesakitan. 


Aku selalu kena sakit camni. Tapi tak la teruk sangat. Huhu.

Semoga berguna info yang aku taip ni.

Adios!

Take care guys.:)

p/s : Credit to DARA.COM Magazine.








Coconut Shake Alai. Terbaek!

Assalamualaikum!^_^

Hollaaaa!

Hari ni aku nak story pasal Coconut Shake Alai.

Apekebenda Coconut Shake Alai itu?

Ni ha.^_^


*sampai kena beratur..*

Coconut Shake Alai ni bertempat di Alai,Melaka. Memang sedap la coconut shake dia. Sambil aku beratur,aku perhati la cara diorang buat shake ni. Macam senang je.

Bahan-bahan dia (sukat sendiri..huhu):

Air gula
Isi kelapa muda
Ais

Dan yang penting adalah.....

Nestle Vanilla Ice cream!

nyum..nyumm.(n_n)


Pergh! Memang terbaek la coconut shake diorang nih. Lepas diorang dah blend semua bahan, diorang tambah lagi seketul aiskrim. Memang heaven!


*cuba tengok mangkuk aiskrim tu.. dari pagi hingga kul 2 petang dah banyak camtu..*


*banyak kelapa diorang guna.*


*ni la rupa coconut shake tu. rupa biasa je..tapi rasa.. memang terbaek!*


Aku tengok customer beli bukan setakat 1-2 (cam aku..-.-'). Tapi sekali beli 8-10 cawan.. Patutla cepat habis aiskrim diorang. Aku baru first time rasa. Tu pun adik aku yang bagitau masa dalam perjalanan balik dari Johor. Tak rugi la aku beratur dekat setengah jam semata-mata nak rasa coconut shake ni. Memang aku akan singgah lagi kat sini lau aku lepak kat Melaka. ^_^

Ok.Setakat ini saja.

Adios!

Take care guys!:)

p/s : Harga coconut shake ni RM2.20. Berbaloi-baloi! ^_^






Merdekaaa!!!! Yieehaaaaa!!!

Assalamualaikum!!^___^

Hollaaaaaa...!!

Happy lebih sikit hari ni..  Sebab hari ni.....



----------> LAST PAPER <----------



Memang terbaek!!


^

Segala penat lelah dah berakhir hari ni. Ini la exam paper aku untuk sem ni dan paper Islamic Institutions in Economic and Financial Systems adalah paper yang terakhir selepas 3 tahun aku kat sini. Tinggal tunggu keputusan dan sambung buat praktikal bulan 4 ni.

Jom tengok wajah2 ceria sempena hari terakhir exam.. :)

Let's da picture tells the story lah!^________^


*exam hall*







*Robiatul Adawiyah. Model banner. Haha*


*Dila.. booolaat mate!:p*


*Si blogger AnnaJ n Intan*


Harap2 dapat result terbaek sem ni..


Penat otak. 


Penat segala-gala.


Moga berbaloi segala usaha. Amin.



Adios!

Take guys.:)