Hollaaaa!
Hari ni aku nak story pasal Coconut Shake Alai.
Apekebenda Coconut Shake Alai itu?
Ni ha.^_^
*sampai kena beratur..*
Coconut Shake Alai ni bertempat di Alai,Melaka. Memang sedap la coconut shake dia. Sambil aku beratur,aku perhati la cara diorang buat shake ni. Macam senang je.
Bahan-bahan dia (sukat sendiri..huhu):
Air gula
Isi kelapa muda
Ais
Dan yang penting adalah.....
Nestle Vanilla Ice cream!
nyum..nyumm.(n_n)
Pergh! Memang terbaek la coconut shake diorang nih. Lepas diorang dah blend semua bahan, diorang tambah lagi seketul aiskrim. Memang heaven!
*cuba tengok mangkuk aiskrim tu.. dari pagi hingga kul 2 petang dah banyak camtu..*
*banyak kelapa diorang guna.*
*ni la rupa coconut shake tu. rupa biasa je..tapi rasa.. memang terbaek!*
Aku tengok customer beli bukan setakat 1-2 (cam aku..-.-'). Tapi sekali beli 8-10 cawan.. Patutla cepat habis aiskrim diorang. Aku baru first time rasa. Tu pun adik aku yang bagitau masa dalam perjalanan balik dari Johor. Tak rugi la aku beratur dekat setengah jam semata-mata nak rasa coconut shake ni. Memang aku akan singgah lagi kat sini lau aku lepak kat Melaka. ^_^
Ok.Setakat ini saja.
Adios!
Take care guys!:)
p/s : Harga coconut shake ni RM2.20. Berbaloi-baloi! ^_^
No comments:
Post a Comment