Wednesday 25 January 2012

Kenangan terindah..

Assalamualaikum^.^

Holla guys!

Hari ni nak story sikit tentang tempat2 yang aku selalu lepak kat Nilai. Dalam banyak2 tempat, aku paling suka 2 tempat ni selain Giant and Tesco. Huhu. 1 tempat makan and 1 lagi tempat berangan @ cari ilham (cari ilham la sangat!:p)

Ha.. Ni tempat makan yang aku suka lepak.



*Ada layar skrin.

*ni makanan yang selalu aku order : Ikan masak stim halia. 
Superb!


sedap!

Sebab utama aku lepak sini, sedap and murah. Tukang masak kat sini lelaki and rata2 pelayannya diorang import dari Thailand yang sangatlah ramah. Restoran ni terletak di Acacia Park, dekat je ngan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kat atas restoran ni adalah hostel lelaki pelajar USIM. So, ramai la student yang suka lepak kat sini. Sape2 yang tercari2 tempat makan kat Nilai, aku suggest tempat ni. Thumbs up!

Yang ni lak... Tempat aku mencari ilham... Tasik berdekatan Desa Casuarina and Nilai Spring Heights..


*cantik kan?:)





*banyak ikan woo..







*ada mansion kat sana tu.. tapi tak leh pegi sana.. private property..



Aku suka lepak sini sebab sangat mendamaikan. Leh bagi ikan makan roti (sambil aku pun makan sekali..huhu). Selalu datang sorang or ngan budak botak tu (adik aku la..-.-') and tunang dia. Banyak gile ikan koi, ikan keli.. Kura-kura pun ad0.. tapi sayang..

*sekali tak leh mancing daa...-.-'

Lepas ni, jarang la aku datang sini. Adik aku dapat praktikal kat Henry Gurney,Melaka. Kawan2 kat USIM pun kebanyakannya praktikal kat tempat lain. Mesti aku akan merindui kenangan2 terindah sepanjang aku ada kat sini.. And of course.. I will miss him,too...:)

Adios!

Take care guys..:)


Tuesday 24 January 2012

Perpisahan itu..

Assalamualaikum^.^




Sejak kebelakangan ni, aku banyak melukakan hati orang. Mungkin aku mula merasai kehilangan. Mereka yang aku sayang akan pergi.

Sedih?

Ya.

Memang sedih. Aku marah-marah semata-mata untuk dapatkan perhatian. Ye la. Tak lama lagi dah takde orang nak melayan perangai hot-temper aku ni. Baran tak bertempat. Tapi aku lupa. Aku lupa bahawa setiap kali aku buat perangai, ada hati yang terluka. Ada hati yang menangis. Namun, hati itu tetap sabar. Sabar dalam melayani kemarahan aku. Sabar dalam memenuhi semua permintaan aku..

Aku tahu hati itu menangis. Hati itu juga merasa sedih. Perpisahan yang bakal terjadi memungkinkan segalanya. Mungkin kami tak berjumpa lagi.. Mungkin kami menjadi asing selepas ini..




Maafkan aku kerana membuat hati itu terluka.. Maafkan aku kerana membuat hati itu menangis.. Andai ada ruang di hati itu, aku akan sedaya upaya membuatkan hati itu tersenyum sentiasa.. Apakah masih ada ruang di hati untukku? 




Hati.. Maafkan aku..





Demi baucar buku...

Assalamualaikum^.^

Holla guys!

sy da dpt.wink wink*.*

Hari Khamis lepas adalah hari yang sangat mengujakan. Haha. Ayat tak leh blah. Tapi macamana aku tak cakap camtu.. Nak ambil baucar buku je pun, tapi diorg punya excited.. Cam nak dapat duit je. Agaknya budak-budak kolej aku ni memang suka berasak-asak camni kot. Apapun, let's the picture tell the story lah!







So, harap korang dapat guna baucar ni dengan sebaik-baiknya. Aku pun masih lagi dok berkira-kira nak beli buku apa. Yang pastinya, anak sedara aku dah order buku dulu..-.-'

Adios!

Take care guys!:)