Tuesday 24 January 2012

Perpisahan itu..

Assalamualaikum^.^




Sejak kebelakangan ni, aku banyak melukakan hati orang. Mungkin aku mula merasai kehilangan. Mereka yang aku sayang akan pergi.

Sedih?

Ya.

Memang sedih. Aku marah-marah semata-mata untuk dapatkan perhatian. Ye la. Tak lama lagi dah takde orang nak melayan perangai hot-temper aku ni. Baran tak bertempat. Tapi aku lupa. Aku lupa bahawa setiap kali aku buat perangai, ada hati yang terluka. Ada hati yang menangis. Namun, hati itu tetap sabar. Sabar dalam melayani kemarahan aku. Sabar dalam memenuhi semua permintaan aku..

Aku tahu hati itu menangis. Hati itu juga merasa sedih. Perpisahan yang bakal terjadi memungkinkan segalanya. Mungkin kami tak berjumpa lagi.. Mungkin kami menjadi asing selepas ini..




Maafkan aku kerana membuat hati itu terluka.. Maafkan aku kerana membuat hati itu menangis.. Andai ada ruang di hati itu, aku akan sedaya upaya membuatkan hati itu tersenyum sentiasa.. Apakah masih ada ruang di hati untukku? 




Hati.. Maafkan aku..





3 comments: