Thursday 21 January 2016

Entri Bergambar : Bukit Sisek, Kota Tinggi *Part 2*

Assalamualaikum ^_^

Ok. Part Two.

Kita sambung pasal Bukit Sisek nih. Ni masa event kitorg . Peserta event adalah team Adrenaline Rush -  Real Junior Paramedic yang rata-ratanya berasal dari Kelantan, Selangor dan Johor . Kami pernah join event sekali masa di Sungai Kenerong kat Kelantan dulu. Nanti Wa update pasal tu. Sekarang nih jom jamu mata dulu....................

 *ada di antara peserta tak pernah join aktiviti outdoor pon.. pny la bersemangat.. huhu*

 *setting alat komunikasi dulu*

 *disebabkan kawasan khemah agak jauh dari jalan masuk, maka kite nek lori la ye*

*snap pic dulu... say cheeeseeeeeeeeeeeeee.......*

Di kalangan peserta event ni, kebanyakan daripadanya adalah daripada pasukan rescue Jabatan Pertahanan Awam Malaysia *termasuk Wa sendiri* .. Jadi , soal keselamatan dan komunikasi memang keutamaan kami. Peralatan medik pon dah standby. Disebabkan ada peserta yang memang tak pernah join outdoor event, so kami memang alert dengan mereka-mereka ini. Harap-harap cuaca baik dan semuanya berjalan lancar.

Tapi kami hanya merancang, Allah jua perancang terbaik. Baru buat stretching, dah start gerimis. Wuuuuuuu~~~ Takpe. Tu semua tak patahkan semangat kami langsung. Lagi membara hadee...















Sepanjang perjalanan, hujan kadang-kadang gerimis, kadang-kadang lebat, kadang-kadang tak hujan. Tapi sampai kat puncak.... hujan selebat-lebatnya... tapi memang puas hati laa.... 

*nak tunjuk betapa lebatnya hujan masa kat puncak*









*dugong telah dikesan di Puncak Bukit Sisek*

Cabaran memang ada disepanjang perjalanan. Tapi yang paling menduga bila salah seorang peserta tergelincir dan sukar nak berjalan.. Kesian memang kesian tapi perjalanan turun mesti diteruskan. Kami terus-menerus bagi support kat akak tu.. Semangat akak tu memang dah down sebab die rase  die penyebab semua orang lambat turun. Tapi mental kami semua memang kuat. Setakat jadi camni, kami masih kuat untuk meneruskan perjalanan dan selalu bagi semangat pada akak tu. Steady la Raja Zue!
Tapi yang paling mencabar, bila hari dah mula gelap. Seorang demi seorang dah mula tumbang. Tergelincir, tertonggeng, jatuh gedebuk macam nangka busuk *Wa la tu* semua dapat rasa sebab perjalanan turun paling bahaya sebab jalan licin baru lepas hujan. Kami tak boleh bergerak laju sebab kesiankan akak tu. So, kami suruh yang lain teruskan perjalanan dan tunggu kami di kawasan rata di dalam kebun kelapa sawit. Tinggal kami dalam 10 orang untuk uruskan akak yang dalam kesakitan tu.

Hari dah semakin gelap.. Jalan keluar dah tak tau kat mana. Hujan masih bersisa. Akak tu da mula rase down. Menangis, minta maaf kat semua org sebab die rase die menyusahkan semua. Lagi die down bila tengok ada beberapa peserta yang jatuh tergolek-golek masa nak turun bukit. Tapi semangat kami masih ada, mungkin disebabkan memang kami telah dilatih untuk menghadapi apa jua kemungkinan.

Perjalanan turun yang selalunya mengambil masa 2-3 jam berlarutan menjadi 8 jam . Walkie talkie menjadi penghubung kami dengan team yang da smpai kat kebun kelapa sawit. Macam-macam dugaan jadi masa perjalanan turun. Ada yang dengar kami sedang bergelak ketawa, ada yang terdengar seperti ada orang memanggil kami dan macam-macam lagi. Mana mungkin kami boleh bergelak ketawa dalam situasi yang agak mencabar tu. Dalam hutan, dah malam pulak. Kami abaikan je semua tu. Yang penting kami semua dapat keluar dari kawasan hutan tu dengan selamat.

Lebih kurang jam 9.00 malam, baru kami terdengar suara rakan-rakan yang lain menjerit memanggil-manggil nama kami. Disebabkan kami tahu cara panggilan seorang penyelamat, jadi kami yakin yang memanggil itu adalah rakan-rakan kami. Kami berjalan mengikuti arah suara rakan yang memanggil. Syukur... kami dapat sampai juga ke kebun kelapa sawit, tempat rakan-rakan lain menunggu..

Selepas menyeberangi sungai, kami terus menyiapkan usungan untuk akak yang sedang kesakitan dan seorang lagi yang memang dah tak bermaya. Kami bergilir-gilir mengusung usungan dengan sisa tenaga yang kami ada. Masing-masing tak banyak berbual disebabkan letih dan nak cepat sampai ke base camp. Sampai di jalan besar, kenderaan untuk membawa akak yang sakit tu da standby kat tepi jalan dan die dibawa ke hospital. Manakala yang lain bergerak balik ke base camp dan pastu memasing terbongkang sebab letih gile....

Panjang coretan Wa kali ni. Just nak share pengalaman yang Wa paling tak boleh lupa dalam hidup Wa. Sampai sekarang Wa masih teringat. Masuk dalam hutan jam 10.00 pagi dan dapat keluar pada jam 10.00 malam. Like seriously? Mujur dapat keluar. Kalau tak, mau heboh 1 Malaysia. Masuk muka depan Metro. Heh.

Kita sambung next time k. Have a nice day.

Kepada Allah Berserah.

1 comment: