Sunday 14 August 2011

Pencarian dalam diri...

Assalamualaikum!^ ^

Merenung kembali perjalanan diri ini,membuat aku terkaku termangu sebentar.. Aku selalu tertanya-tanya.. Apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup sehingga aku sampai di tahap ini? Apa yang sebenarnya yang telah menyebabkan aku berani mengambil keputusan drastik untuk berhenti melakukan apa yang aku suka dan terus berhijrah ke sini?




Penghijrahan dalam diri telah membawa aku ke sini.. Aku mencari ketenangan.. Aku mencari kekuatan.. Tiada sesiapa yang memaksa aku ke sini.. Dan aku tidak menyesal.. Walaupun sukar untuk memulakan semuanya semula.. Walau aku terpaksa merangkak semula.. Aku enggan dikhianati lagi.. Biar aku meneruskan perjalanan ini sendiri,kerana aku yang memilih untuk pergi..

Aku yakin pilihan inilah yang sepatutnya aku susuli selama ini.. Biarlah kenangan itu berlalu pergi.. Aku redha dengan apa yang terjadi.. Tak usahlah dikesali apa yang telah terjadi kerana sesungguhnya apa yang pasti..ada sinar sedang menanti...

Adios!

No comments:

Post a Comment